Infinix Malaysia kini memperkenalkan barisan telefon pintar bajet terbarunya, HOT 60 Series, yang terdiri daripada model HOT 60 5G dan HOT 60i. Kedua-dua peranti ini menawarkan spesifikasi yang menarik dengan harga mampu milik, bermula daripada RM499 sahaja.
Siri Infinix HOT 60 ini sesuai untuk pelajar, pengguna kasual atau sesiapa yang inginkan telefon harian yang laju dan tahan lama, tanpa membebankan bajet.
Apa Yang Menarik?
- Skrin Besar & Laju: Kedua-dua model hadir dengan paparan bersaiz 6.7 inci, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 700 nits — cukup jelas walaupun di bawah cahaya matahari.
- Tahan Lasak & Praktikal: Kedua-duanya dilengkapi penarafan IP64 untuk kalis air dan habuk dan menyokong NFC. Terdapat juga butang AI One-Tap khas untuk akses cepat ke pembantu suara Folax atau aplikasi pilihan anda.
Spesifikasi & Harga

Infinix HOT 60 5G
- Cip: Dimensity 7050
- RAM + Storan: 8GB + 256GB
- Bateri: 5,200mAh + pengecasan 18W
- Harga: RM599
- Warna: Sleek Black, Shadow Blue, Tundra Green, Caramel Glow (kulit vegan bertekstur)

Infinix HOT 60i
- Cip: Helio G81 Ultimate
- RAM + Storan: 8GB + 256GB
- Bateri: 5,160mAh + pengecasan pantas 45W
- Harga: RM499
- Warna: Sleek Black, Titanium Silver, Neon Red, Shadow Blue, Soul Eye Purple
Di Mana Nak Dapatkan?
Anda boleh dapatkan kedua-dua model ini melalui kedai rasmi Infinix di Shopee, Lazada dan TikTok Shop atau secara percuma dengan langganan pelan pascabayar UNI5G daripada Unifi Mobile, tertakluk terma dan syarat.

Apple College Student Offer 2026: Gift Card Sehingga RM600 Untuk Pembelian MacBook Dan iPad Terpilih
Coway Lancar Peti Sejuk Baharu, Kapasiti Sehingga 715L Dengan Pelan Sewaan Bermula RM79 Sebulan
Pengguna Gemini Di Malaysia Meningkat Dua Kali Ganda, Tertinggi Untuk Penjanaan Imej Di Asia Tenggara
OpenAI Umum ChatGPT Atlas Akan Ditamatkan, Beralih Kepada Pengalaman Pelayaran AI Baharu
Samsung Galaxy Unpacked 2026 Sah Berlangsung 22 Julai, Daftar Awal Untuk Tebus Baucar RM120
U Mobile Perkenal ULTRA Tourist Plan, Gabungkan 100GB Data Bersama Grab Travel Pass Pada Harga RM15