Pelanggan pelan Tune Talk Epik 35+, ini berita baik untuk anda! Mulai sekarang, anda boleh menikmati akses percuma kepada permainan dan penstriman drama terus dari aplikasi Tune Talk—tanpa perlu menukar ke pelan Epik 50+.
Kalau sebelum ni anda hanya boleh main game dalam aplikasi, kini anda juga boleh tonton drama kegemaran secara langsung dalam satu tempat yang sama.
Akses Lebih Luas Untuk Lebih Ramai Pengguna
Ciri hiburan dalam aplikasi ini sebelum ini hanya eksklusif untuk pelanggan Epik 50+, tetapi kini ia diluaskan kepada pelanggan pelan Epik 35+ juga. Antara yang anda boleh nikmati:
- Permainan kasual
- Drama tempatan & antarabangsa
- Ganjaran Tune Talk Points untuk setiap tontonan atau sesi permainan
Apa Yang Best?

Tune Talk merupakan telco pertama di Malaysia yang menggabungkan antara permainan dan penstriman video dalam satu aplikasi telco. Bukan sahaja boleh bermain dan menonton, tapi anda juga akan diberi mata ganjaran (Tune Talk Points) setiap kali menonton drama atau bermain permainan dalam aplikasi.
Mata ganjaran ini boleh ditebus untuk:
- Buka kandungan premium
- Hapuskan iklan dalam aplikasi
- Dapat akses keistimewaan lain
Siapa Yang Layak?
- Pelanggan Tune Talk dengan pelan Epik 35+ dan ke atas
- Pastikan anda guna aplikasi rasmi Tune Talk (muat turun di App Store atau Google Play)
Jadi, kalau anda guna pelan Epik 35+, jangan lepaskan peluang ni. Hanya perlu buka aplikasi Tune Talk dan mula main & tonton tanpa caj tambahan!

Netflix Naikkan Harga Langganan di Malaysia, Kini RM19.90 hingga RM69.90 Sebulan
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Google Bawa Lyria 3.5 ke Gemini, Kini Boleh Cipta Lagu AI Terus dalam Aplikasi
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
CelcomDigi dan Astro Buka Pentas untuk Bakat Sabah dan Sarawak Menerusi Borneo Rising
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian