Seorang pengguna meluahkan rasa kecewa di Reddit selepas mendakwa ditipu ketika membeli smartphone Samsung Galaxy A36 5G daripada sebuah penjual di Shopee.
Samsung Galaxy A36 5G Set Telco Dijual Seperti Set Biasa
PSA: Beware of “cheaper” options from Spraygadget in Shopee Malaysia.
byu/pushpapurushan inmalaysia
Dalam perkongsian tersebut, mangsa mendakwa telah memilih warna Awesome Lime semasa membuat pembelian, namun penjual berkeras untuk menghantar unit warna hitam atas alasan stok terhad. Disebabkan keperluan mendesak, pembeli bersetuju walaupun rasa kurang senang mula timbul terhadap cara penjual tersebut berurusan.
Penjual mengambil masa kira-kira tiga hari hanya untuk membungkus pesanan, jauh lebih lama berbanding kebiasaan yang biasanya dihantar dalam tempoh satu hingga dua hari. Meskipun pembeli memaklumkan ia ditandakan sebagai “pra-tempahan”, situasi tersebut tetap menimbulkan keraguan.
Apa yang mengejutkan, apabila smartphone diterima, kotaknya masih bersegel walaupun sebelum ini penjual memaklumkan bahawa ia akan dinyahkotak bagi tujuan pengaktifan jaminan. Namun, kegembiraan tidak kekal lama apabila pembeli menemui notis daripada CelcomDigi bahawa smartphone tersebut mempunyai perlindungan kunci (lock protection), menandakan ia adalah unit telco.
Pembeli mendakwa tidak dimaklumkan langsung bahawa smartphone yang dibeli adalah set telco, yang sering kali dijual pada harga lebih rendah berbanding set rasmi. Tambah menyulitkan keadaan, cubaan untuk menghubungi penjual hanya dibalas dengan jawapan automatik tanpa tindakan lanjut. Dalam satu mesej, penjual dikatakan menyuruh pengguna untuk “abaikan sahaja” isu tersebut.

Akibat insiden ini, pembeli kini sedang berhubung dengan pihak Shopee Malaysia dan Samsung Malaysia untuk mendapatkan pengesahan lanjut. Sekiranya disahkan bahawa penjual telah menjual set telco tanpa makluman jelas, tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak terbabit.
Perkongsian ini turut mengingatkan pengguna lain, khususnya daripada golongan berpendapatan rendah (B40), agar hanya membeli daripada kedai sah seperti Shopee Mall untuk mengelakkan kejadian serupa berulang. Kes ini juga menimbulkan persoalan mengenai kawalan terhadap penjual pihak ketiga yang beroperasi di platform e-dagang.
Setakat ini, pihak Shopee dan Samsung masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.
HUAWEI MatePad Air Tiba di Malaysia, Gabungkan Produktiviti AI dan Kreativiti dalam Rekaan Nipis
Google Bawa Lyria 3.5 ke Gemini, Kini Boleh Cipta Lagu AI Terus dalam Aplikasi
vivo V80 Lite 5G Kini di Malaysia dengan Bateri 10,000mAh dan Paparan 6.83 Inci, Bermula RM1,499
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Bila Waktu Terbaik Untuk Tukar Telefon? Ini Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan
Program AI Untuk Rakyat Bakal Perkasa 100,000 Belia dengan Akses Teknologi AI Percuma