Kalau anda tengah cari alternatif hiburan selain Netflix, ini berita baik untuk anda! Astro kini menawarkan Max (dulu dikenali sebagai HBO Max) pada harga diskaun 50%, dan akses percuma ke Prime Video untuk pelanggan tertentu. Promosi ini berlangsung hingga 30 Jun 2025, jadi inilah masa terbaik untuk langgan.
Max Kini Separuh Harga!
Astro kini tawarkan dua pelan Max dengan komitmen 12 bulan:
- Max Standard: RM16.96/bulan (harga asal RM33.90)
- Max Ultimate: RM25.95/bulan (harga asal RM52.90)
Langganan akan diperbaharui secara automatik setiap tahun pada harga promo, kecuali jika dibatalkan. Tapi perlu diingat, penamatan awal akan dikenakan caj penalti bersamaan dua bulan harga asal.
Prime Video Percuma? Ya, Kalau Anda Ada Pakej Ini

- Pelanggan Astro Movies Bundle Pack dan Astro One Epic Pack yang menggunakan Ultra atau Ulti Box akan dapat akses Prime Video secara percuma.
- Bagi pelanggan dengan pakej sama tapi tanpa Ultra/Ulti Box, akses Prime Video akan bermula 24 Jun 2025.
- Kalau anda tiada kedua-dua pakej tersebut, anda masih boleh melanggan Prime Video secara berasingan dengan harga RM25/bulan (termasuk cukai).
HEROES Channel Kembali!

Astro turut mengumumkan saluran pop-up HEROES (CH 100) akan kembali bermula 16 Jun 2025 jam 11:30 pagi, selama sebulan. Saluran ini akan menampilkan lebih 100 judul dari pelbagai bahasa termasuk Inggeris, Melayu dan Korea. Semua pelanggan Astro boleh tonton secara percuma.
Jom Tukar Angin!
Kalau dah bosan dengan katalog sama di Netflix atau nak jimat hiburan bulanan, tawaran Astro ini patut dipertimbangkan. Bayar kurang dan dapat lebih banyak pilihan termasuk akses ke kandungan eksklusif Max dan Prime Video!

Astro Raikan Ulang Tahun ke-30 dengan Akses Percuma Semua Saluran kepada Pelanggan
Tune Talk Turns 17 Birthday Bash: Festival Percuma dengan Konsert, Bazar Makanan dan Hadiah RM160,000
Jualan 8.8 Merdeka realme: Penjimatan Sehingga 50% di Shopee, Lazada dan TikTok Shop
Rapid KL Lanjutkan Perkhidmatan Percuma LRT Laluan Shah Alam Sehingga 14 Ogos
Pengguna SPayLater Boleh Menikmati Promosi Beli 1 Percuma 1 Tiket Wayang di GSC
GSC Play Tawar Activity Kit Spider-Man: Brand New Day Percuma – Beli 2 Tiket Dan Dapatkan Kit Edisi Khas