Jenama perkakasan rumah terkenal, ELBA, baru sahaja melancarkan barisan produk pembersihan rumah yang serba baharu — termasuk mesin basuh, pembersih vakum, dan pencuci pinggan. Pengenalan ini dibuat sempena Konvensyen Pengedar ELBA 2025, menandakan komitmen ELBA untuk terus memudahkan kerja rumah dengan teknologi moden dan reka bentuk mesra pengguna.
Siri Mesin Basuh Pintar

-
Siri Queluxe: Mesin basuh & pengering bukaan hadapan dengan reka bentuk jimat ruang SpaceSaver, teknologi PerfectDose dan fungsi Drum Clean+.
-
Siri LavaWave: Mesin basuh bukaan hadapan dengan operasi senyap melalui teknologi Inverter DD, pintu lebar UltraMax Door & fungsi stim Lava Steam.
-
Siri Elysian: Mesin basuh bukaan atas dengan Ultra Stain Wash, operasi senyap Silent Inverter DD dan mod pembersihan kendiri Drum Hygiene.
Penjagaan Lantai Serba Boleh

-
Siri AIRGlides: Pembersih vakum tanpa wayar dengan Teknologi Penapisan Kedap Habuk dan stesen pembersih automatik Insta Clean Hub.
-
Siri HYDRO Cleanse: Pencuci lantai dengan tangki air berkembar, berus pembersih 3-sisi dan teknologi pengeringan udara panas Therma Jet pada suhu 60°C.
Pencuci Pinggan Pelbagai Pilihan

-
3 Model: Dipasang bebas, terbina dalam & di atas meja.
-
Teknologi AutoDoor & UV AquaBeam untuk pengeringan & pensterilan automatik.
-
Fungsi Fresh Air Storage yang mengekalkan kebersihan sehingga 168 jam.
Bila & Di Mana Nak Dapatkan?
Semua produk baharu ini akan mula dijual di kedai rasmi dan pengedar sah ELBA seluruh Malaysia mulai Julai 2025. Harga masih belum diumumkan, tapi menurut ELBA, produk ini akan ditawarkan mengikut pelbagai bajet isi rumah — dari model asas hingga premium.

HUAWEI MatePad Air Tiba di Malaysia, Gabungkan Produktiviti AI dan Kreativiti dalam Rekaan Nipis
Google Bawa Lyria 3.5 ke Gemini, Kini Boleh Cipta Lagu AI Terus dalam Aplikasi
vivo V80 Lite 5G Kini di Malaysia dengan Bateri 10,000mAh dan Paparan 6.83 Inci, Bermula RM1,499
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Bila Waktu Terbaik Untuk Tukar Telefon? Ini Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan
Program AI Untuk Rakyat Bakal Perkasa 100,000 Belia dengan Akses Teknologi AI Percuma