June 13, 2026

Harga Galaxy Z Flip FE Dah Bocor? Versi Flip 6 Bajet, Worth It Ke?

Htw5d3GWBHZWnepXw2Z9oc-1200-80.jpg

Samsung tengah sibuk buat persiapan nak lancar Galaxy Z Fold 7 dan Z Flip 7, tapi dalam diam-diam, ada juga satu model mampu milik yang tengah dibangunkan. Kemungkinan besar akan diberi nama Galaxy Z Flip FE. Berdasarkan laporan terbaru (melalui Techmaniac), kita dah dapat intai sikit spesifikasi dan anggaran harga telefon ni. Nampaknya, macam versi ‘rebranding’ je dari Galaxy Z Flip 6 yang keluar tahun 2024 dulu.

Spesifikasi Lebih Kurang Macam Z Flip 6

Kalau laporan ni betul, Galaxy Z Flip FE bakal datang dengan spesifikasi yang hampir sama macam Z Flip 6. Kita cakap pasal skrin dalam 6.7 inci dengan teknologi LTPO AMOLED 2X dan refresh rate adaptif 120Hz – memang cun untuk tengok video atau scroll media sosial. Skrin kat luar pula, 3.4 inci Super AMOLED dengan refresh rate 60Hz. Cukup untuk tengok notifikasi atau selfie cepat.

Di bahagian enjin, ada dua cerita – satu kata telefon ni guna cip Snapdragon 8 Gen 3 (yang power tu), satu lagi kata Samsung nak test cip Exynos 2500 3nm. Tapi nampaknya Samsung belum berani lepaskan Exynos baru tu untuk pasaran global lagi. Jadi besar kemungkinan Snapdragon lah yang digunakan.

Harga Bawah €1,000? Murah Betul!

Kat Eropah, dijangka harga Galaxy Z Flip FE tak akan lebih dari €1,000, agak ‘friendly’ kalau dibandingkan dengan versi flagship dia. Tapi dari segi benda baru, nampaknya tak banyak beza pun dengan Flip 6, cuma mungkin dapat sokongan perisian yang lebih lama.

Di Malaysia, harga jualan rasmi belum diumumkan, tetapi berdasarkan harga Eropah, ia mungkin berada dalam julat RM4,500 ke RM5,200. Perlu diingat bahawa harga sebenar akan ditentukan oleh Samsung Malaysia semasa pelancaran rasmi nanti.

Bila Nak Launch? Err… Tak Pasti Lagi

Setakat ni, tarikh pelancaran masih kabur. Ada yang cakap akan keluar sekali dengan Galaxy Z Fold 7 dan Z Flip 7 awal Julai nanti, tapi ada juga sumber lain yang tak setuju – mungkin akan delay sikit. Nama pun belum confirm lagi – ada tiga nama tengah berlegar: Galaxy Z Flip FE, Flip XE, atau Flip 7 FE.

Apa pun, kita tunggu je lah pengumuman rasmi dari Samsung. Sementara tu, kalau korang berminat nak jadi antara yang terawal dapat Z Fold 7 atau Z Flip 7, boleh join Program Kotak Misteri Samsung – ada peluang dapat goodies eksklusif bila beli nanti.