Setel Lancar Kempen Ganjaran Eksklusif; Vroom Vroom Raya Setel Untuk Penunggang Motosikal
Sempena musim perayaan, Setel, aplikasi mudah alih terkemuka di Malaysia untuk pembayaran petrol dan ganjaran Mesra Rewards, memperkenalkan kempen eksklusif Vroom Vroom Raya Setel bagi penunggang motosikal.
Berlangsung dari 19 Mac hingga 19 Mei 2025, kempen ini menawarkan pelbagai ganjaran hebat, terutama bagi mereka yang sering membuat pembelian minyak dalam jumlah kecil. Dengan menggunakan Setel, penunggang motosikal bukan sahaja dapat menikmati manfaat yang lebih besar, malah berpeluang memenangi hadiah mingguan.
Penunggang motosikal di seluruh negara boleh merebut lebih daripada 200 hadiah pulangan tunai mingguan bernilai sehingga RM150 dengan hanya mengisi minyak menggunakan Setel. Dengan perbelanjaan minimum serendah RM3, mereka turut layak menyertai cabutan hadiah utama untuk memenangi pulangan tunai bernilai RM5,000.

Menurut Ayman Awaluddin, CEO Setel Ventures Sdn. Bhd. (Setel Malaysia), “Kami komited untuk memastikan Setel memberi manfaat kepada semua, terutama kepada penunggang motosikal yang memainkan peranan penting dalam kehidupan harian kita. Dengan kempen ini, kami mahu memberi lebih banyak ganjaran kepada mereka, terutamanya dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.”
Butiran Ganjaran Eksklusif
Sepanjang tempoh kempen, pengguna Setel boleh mengumpul penyertaan untuk hadiah mingguan dan hadiah utama dengan perbelanjaan minimum RM3 melalui kaedah pembayaran berikut:
Bayar dengan Dompet Setel atau Dompet Keluarga: 1 penyertaan untuk transaksi RON95 bernilai RM3 – RM10
Bayar dengan Kad Kredit/Debit melalui Setel: 3 penyertaan untuk transaksi RON95 bernilai RM3 – RM10
Gunakan ciri Pengisian One-tap: Bonus 5 penyertaan tambahan
Ganjaran Tambahan untuk Pengguna Baharu
Pengguna yang baru memuat turun aplikasi Setel boleh mendaftar dengan kod promosi c-vroom dalam tempoh kempen untuk menerima pulangan tunai sehingga RM10 selepas perbelanjaan minimum RM3. Mereka juga akan menerima 10x penyertaan automatik untuk cabutan hadiah mingguan dan ganjaran utama.
Pengisian One-tap: Jimat Masa, Dapatkan 3x Mata Ganjaran Mesra Rewards
Ciri eksklusif Pengisian One-tap membolehkan pengguna mengisi minyak dengan lebih pantas dan mudah. Selain menjimatkan masa, pengguna juga berpeluang memperoleh sehingga 3x lebih mata ganjaran Mesra Rewards yang boleh ditebus untuk pembelian minyak.
Sahkan Akaun Setel untuk Lebih Banyak Ganjaran
Untuk memastikan pengguna menikmati sepenuhnya ganjaran eksklusif ini, Setel menggalakkan pengesahan akaun bagi membolehkan had dompet yang lebih tinggi, pemprosesan pulangan tunai yang lebih pantas, dan perlindungan daripada risiko penipuan. Pengguna yang telah mengesahkan akaun mereka juga layak sepenuhnya untuk hadiah utama bernilai RM5,000.
Manfaatkan peluang ini untuk menikmati lebih banyak ganjaran eksklusif pada musim perayaan ini dengan Setel! Untuk butiran penuh kempen dan syarat kelayakan, sila layari: https://www.setel.com/promotions/vroom-vroom-raya.
