HUAWEI telah melancarkan promosi menarik yang menawarkan rebat segera sebanyak RM900 untuk pembelian siri terbaru mereka, HUAWEI Pura 70 Series. Promosi ini bertujuan untuk memberikan nilai tambah kepada pelanggan setia HUAWEI serta menarik minat pengguna baru yang mencari telefon pintar berkualiti tinggi pada harga yang lebih berpatutan.
Ini adalah peluang anda untuk merebut siri HUAWEI Pura 70 terbaharu dengan harga yang murah sempena KARNIVAL HUAWEI.

HUAWEI Pura 70 menawarkan palet warna-warna menawan termasuk merah jambu yang mempesonakan yang pastinya boleh mencuri perhatian. ‘The Super Durable Kunlun Glass’ juga meningkatkan rintangan jatuh sebanyak 100%, dengan berkesan melindungi daripada sebarang kerosakan yang tidak disengajakan.
Berikut ialah harga terkini untuk setiap model HUAWEI Pura 70 Series:

Promosi rebat segera RM900 untuk HUAWEI Pura 70 Series adalah peluang yang tidak patut dilepaskan bagi mereka yang ingin memiliki telefon pintar berkualiti tinggi dengan harga yang lebih berpatutan. Dengan pelbagai kelebihan dan ciri-ciri canggih yang ditawarkan, HUAWEI Pura 70 Series pasti memenuhi jangkaan dan keperluan pengguna moden. Pastikan anda tidak terlepas peluang ini dan dapatkan telefon pintar HUAWEI Pura 70 Series hari ini!
Untuk maklumat lanjut, mengenai KARNIVAL HUAWEI atau peranti terbaharu, lawati Gedung Pengalaman HUAWEI terdekat anda atau layari Laman Web Rasmi HUAWEI, halaman Facebook Rasmi HUAWEI atau Instagram untuk mendapatkan kemas kini lanjut.

HUAWEI MatePad Air Tiba di Malaysia, Gabungkan Produktiviti AI dan Kreativiti dalam Rekaan Nipis
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Google Bawa Lyria 3.5 ke Gemini, Kini Boleh Cipta Lagu AI Terus dalam Aplikasi
vivo V80 Lite 5G Kini di Malaysia dengan Bateri 10,000mAh dan Paparan 6.83 Inci, Bermula RM1,499
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Bila Waktu Terbaik Untuk Tukar Telefon? Ini Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan