Terbang ke Nairobi, Kenya Serendah RM471 Sehala Dengan AirAsia X
AirAsia X (AAX) hari ini meraikan pencapaian baharu dengan pengumuman pelancaran laluan ke Nairobi, Kenya di benua Afrika.
Penerbangan pertama yang dijadualkan pada 15 November 2024 ini bakal menjadikan AAX sebagai satu-satunya syarikat penerbangan tambang rendah di Malaysia yang menawarkan sambungan udara secara terus ke destinasi menakjubkan ini.

Sempena pelancaran laluan baharu ke Afrika ini, para penggemar aktiviti lasak di seluruh dunia dan pencinta alam semula jadi boleh menikmati pengembaraan di Kenya dengan tempat duduk PERCUMA* antara Kuala Lumpur dan Nairobi. Tambang promosi ini boleh ditempah melalui aplikasi AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) mulai hari ini sehingga 14 Julai 2024 untuk tempoh perjalanan antara 15 November 2024 dan 8 Oktober 2025.
Tinjauan kami sehingga artikel ini ditulis, terdapat tiket sehala Kuala Lumpur ke Nairobi pada harga RM471 pada sekitar bulan November ini.

Nairobi merupakan ibu kota Kenya dan mempunyai pemandangan memukau sejauh mata memandang. Ia merupakan destinasi safari untuk melihat hidupan liar seperti Badak Sumbu Putih dan pelbagai jenis fauna di Masai Mara. Bandar ini juga merupakan sebuah metropolis yang meriah serta menawarkan tarikan budaya dan hidangan lazat daripada pelbagai budaya dan tradisi.
