Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Putra Bukit Jalil kini dijenamakan semula sebagai TM Stadium Nasional dan Unifi Arena selepas Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memeterai kerjasama hak penamaan bersama Telekom Malaysia Berhad (TM).
Kerjasama tersebut berkuat kuasa mulai 6 Mac 2026 selama tiga tahun. Inisiatif ini dilihat sebagai usaha untuk memastikan dua venue ikonik negara itu terus kekal relevan serta mampu menjadi lokasi penganjuran acara sukan dan hiburan bertaraf antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Iliyas Jamil berkata, sebagai pengurus kedua-dua stadium berkenaan, pihaknya komited untuk memastikan kemudahan yang disediakan sentiasa berada pada tahap terbaik demi keselesaan rakyat Malaysia.
Menurut beliau, kerjasama hak penamaan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha PSM untuk memperkukuh kelestarian serta pembangunan jangka panjang bagi kedua-dua venue tersebut.
Tambahnya, hasil daripada kerjasama tersebut akan digunakan untuk menaik taraf serta menambah baik kemudahan stadium agar pengunjung dapat menikmati pengalaman yang lebih selesa ketika menghadiri acara.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Amar Huzaimi Md Deris berkata, pihaknya berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk memegang hak penamaan bagi dua venue nasional yang cukup ikonik itu.
Beliau berkata, sejak sekian lama Stadium Nasional dan Stadium Putra menjadi lokasi rakyat Malaysia berkumpul untuk memberi sokongan kepada atlet Malaysia, meraikan kejayaan dan menyaksikan pelbagai detik bersejarah.
Beliau berharap kerjasama ini dapat membantu memperkukuh kedudukan kedua-dua stadium tersebut agar terus menjadi tempat yang menyatukan masyarakat serta membangkitkan semangat kebanggaan negara untuk generasi akan datang.
Nak dapatkan berita, maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Selangor Umum Cuti Peristiwa 1 September Sempena Kejayaan Juara Keseluruhan SUKMA 2026
Fi Life Henti Jualan Polisi Insurans Baharu Mulai 26 Ogos 2026, Pemegang Polisi Sedia Ada Tidak Terjejas
Super El Nino Berpotensi Melanda Malaysia, Ini Fakta Terkini dan Tip Hadapi Cuaca Panas
Harga Minyak 20–26 Ogos 2026: RON97, RON95 dan Diesel Naik Sehingga 20 Sen Seliter
Instagram Perkenal Logo Teks Baharu Selepas Lebih Sedekad, Cetus Pelbagai Reaksi Pengguna
Harga Minyak 13–19 Ogos 2026: RON97 Turun 20 Sen, RON95 Turun 15 Sen dan Diesel Turun 10 Sen