Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Sepanjang bulan ini, umat Islam akan berpuasa bermula dari terbit fajar (imsak) sehingga terbenam matahari (waktu berbuka). Oleh itu, mengetahui waktu imsak dan berbuka puasa yang tepat amat penting bagi memastikan ibadah puasa dilaksanakan dengan sempurna.
Bagi penduduk-penduduk di Sabah, Sarawak dan Labuan, berikut merupakan perkongsian waktu imsak dan berbuka puasa sebagai rujukan sepanjang Ramadan 2026.
Waktu Imsak dan Berbuka Puasa di Sabah
ZON 1: Bahagian Sandakan (Timur) : Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan Dan Bukit Garam

ZON 2: Bahagian Sandakan (Barat): Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod Dan Pinangah

ZON 3: Bahagian Tawau (Timur): Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Kunak, Dan Lahad Datu

ZON 4: Bahagian Tawau (Barat): Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai Dan Kalabakan

ZON 5: Bahagian Kudat:Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong Dan Kudat

ZON 6: Gunung Kinabalu

ZON 7: Bahagian Pantai Barat: Bahagian Pantai Barat : Ranau, Kota Belud, Tuaran, Tamparuli, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan Dan Papar

ZON 8: Bahagian Pedalaman (Atas): Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan Dan Keningau

ZON 9: Bahagian Pedalaman (Bawah): Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok Dan Sipitang

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa di Sarawak
ZON 1 : LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN & LAWAS

ZON 2 : NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, MARUDI

ZON 3 : TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH, BINTULU

ZON 4 : IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU, KANOWIT, KAPIT, SONG
ZON 5 : TANJUNG MANIS, BELAWAI, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR, RAJANG
ZON 6 : KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKILILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN, DEBAK
ZON 7 : SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU, MALUDAM
ZON 8 : KUCHING, SIBURAN, BAU, LUNDU, SEMATAN
ZON KHAS : (Kpg. Bukit Puan, Kpg. Tanah Sibagol, Kpg. Sasa, Kpg. Munchu, Kpg. Undop, Kpg Bukit Manang, Kpg Long Merambai, Kpg. Lempaki Tengah, Kpg. Lempaki Asal, Kpg. Languban, Kpg. Masjid Baru, Kpg. Patarikan, Kpg. Bangkatan)

Waktu Imsak dan Berbuka Puasa di Labuan
SELURUH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Kepentingan Mengetahui Waktu Imsak dan Berbuka
Mengetahui waktu yang tepat bukan sahaja memastikan ibadah puasa sah, malah membantu dalam:
- Merancang waktu sahur dengan lebih teratur
- Mengurus jadual kerja dan aktiviti harian
- Menyediakan juadah berbuka tepat pada masanya
- Mengelakkan makan atau minum melepasi waktu imsak
Sebagai peringatan, waktu imsak adalah waktu amaran beberapa minit sebelum masuk waktu Subuh, manakala waktu berbuka adalah apabila matahari terbenam (masuk waktu Maghrib).
Rujuk Jadual Rasmi Setiap Hari
Anda dinasihatkan untuk sentiasa merujuk jadual rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing sepanjang Ramadan 2026. Anda juga boleh menyimpan jadual ini dalam telefon pintar atau mencetaknya sebagai rujukan harian di rumah.
Semoga perkongsian waktu imsak dan berbuka puasa ini dapat membantu memudahkan urusan ibadah anda sepanjang bulan Ramadan. Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga Ramadan kali ini lebih bermakna buat anda dan keluarga.
Untuk pengesahan rasmi dan kemas kini terkini, sila rujuk laman rasmi pihak berkuasa agama negeri atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!






Fi Life Henti Jualan Polisi Insurans Baharu Mulai 26 Ogos 2026, Pemegang Polisi Sedia Ada Tidak Terjejas
Super El Nino Berpotensi Melanda Malaysia, Ini Fakta Terkini dan Tip Hadapi Cuaca Panas
Harga Minyak 20–26 Ogos 2026: RON97, RON95 dan Diesel Naik Sehingga 20 Sen Seliter
Instagram Perkenal Logo Teks Baharu Selepas Lebih Sedekad, Cetus Pelbagai Reaksi Pengguna
Harga Minyak 13–19 Ogos 2026: RON97 Turun 20 Sen, RON95 Turun 15 Sen dan Diesel Turun 10 Sen
Rakyat Malaysia Bakal Nikmati 10GB Data Percuma Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia