Infinix Malaysia kembali menghangatkan sambutan jualan 10.10 tahun ini dengan tawaran istimewa dan acara permainan yang cukup mengujakan. Bermula sekarang hingga 14 Oktober 2025, pengguna boleh menikmati diskaun sehingga 33% untuk pelbagai peranti Infinix termasuk telefon pintar dan tablet – eksklusif di Shopee, Lazada dan TikTok Shop!
Diskaun Hebat & Hadiah Percuma
Sepanjang tempoh promosi, pelanggan boleh mendapatkan peranti seperti:
- Smart 10
- HOT 50 5G
- GT 30 & GT 30 Pro
- XPAD 20
- XPAD 4G LTE
Harga bermula serendah RM250, dan untuk pembelian terpilih, anda akan menerima hadiah percuma seperti keyboard, casing dan juga powerbank, menjadikan setiap pembelian lebih berbaloi!
GT 30: Telefon Pintar Gaming Bawah RM1,000
Dilancarkan baru-baru ini, Infinix GT 30 menjadi tumpuan utama dengan tawaran serendah RM995.08. Dilengkapi skrin AMOLED 144Hz, cip MediaTek Dimensity 7400 5G dan sistem penyejukan 3D Vapor Cloud Chamber, ia menjanjikan prestasi lancar untuk permainan mudah alih yang kompetitif.
Antara ciri menarik lain:
- High Frame Rate Certification untuk prestasi FPS tinggi
- Shoulder triggers untuk kawalan lebih responsif
- Rekaan Cyber Mecha dengan cahaya RGB yang bergaya
Tablet XPAD untuk Pembelajaran & Hiburan
Bagi mereka yang mencari tablet pintar serba boleh, dua model berikut menonjol dalam jualan 10.10:
- XPAD 20 (6+128GB) – Dari RM496.40, paparan besar 11 inci, storan luas dan ciri AI untuk produktiviti & pembelajaran.
- XPAD 4G LTE (8+256GB) – Dari RM666.40, dengan sambungan dan prestasi multitasking mantap.
Kedua-duanya disertakan hadiah percuma seperti keyboard dan casing – pilihan ideal untuk pelajar dan profesional.
Saksikan GT 30 x Delta Force 8v8 Challenge di TikTok!

Kemuncak kempen ini ialah GT 30 x Delta Force 8v8 Crossover Challenge yang akan disiarkan secara langsung di TikTok (@infinixmy) pada 10 Oktober 2025, jam 8 malam.
Dua kapten terkenal, Daddyhood dan Yonsan, akan mengetuai perlawanan epik bersama 14 pemain terpilih, semuanya menggunakan GT 30.
Penonton berpeluang menang:
- Wang tunai RM500
- Item eksklusif dalam permainan Delta Force
Pemenang akan dipilih berdasarkan tontonan terpanjang dan interaksi paling aktif.
Jangan lepaskan peluang untuk merebut tawaran hebat ini! Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Infinix Malaysia, Shopee, Lazada dan TikTok Infinix Malaysia.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Portal Rakyat Digital Dilancarkan untuk Memperkasa Kemahiran AI dan Digital Rakyat Malaysia
POCO Carnival 2026 Kembali Sempena Ulang Tahun Ke-8, Tawar Diskaun Peranti Hingga RM500
REDMI A7 Kini di Malaysia, Harga RM469 dengan Bateri 5200mAh dan Skrin 6.88 Inci
REDMI 17 Kini Tersedia di Malaysia dengan Bateri 7,500mAh, Harga Bermula RM699
Jualan 8.8 Merdeka realme: Penjimatan Sehingga 50% di Shopee, Lazada dan TikTok Shop
CelcomDigi Raih Dua Rekod Dunia Guinness Menerusi Siaran Langsung Mega Gegar 20 Juta