Jenama gaya hidup trendy OH!SOME kini meluaskan empayar mereka di Malaysia dengan pembukaan rasmi cawangan kelapan di IOI City Mall Putrajaya, lengkap dengan 188 mesin gachapon dan pelbagai koleksi eksklusif termasuk karakter Disney seperti Mickey Mouse.
Tarikan Utama: 188 Mesin Gachapon & Zon Bertema
Dengan keluasan melebihi 1,000 kaki persegi, cawangan baharu OH!SOME ini menjadi tumpuan penggemar gaya hidup moden dan koleksi unik. Zon kapsul mainannya menempatkan 188 mesin gachapon dengan pelbagai koleksi comel dan eksklusif termasuk IP popular seperti Nailoong dan Jujutsu Kaisen.
Kedai ini juga direka dengan empat zon beli-belah bertema iaitu Anime & Komik, Barang Keperluan Perjalanan, Kraf DIY dan Hadiah Kreatif.
Pilihan Produk Global dengan Sentuhan Tempatan
OH!SOME mengetengahkan sehingga 15 kategori produk termasuk kosmetik, penjagaan diri, makanan ringan, alat tulis dan aksesori, di mana semuanya dipilih secara teliti untuk memenuhi cita rasa pelanggan.
Antara jenama kecantikan yang ditawarkan termasuk Wawawax, Glad2Glow, The Originote dan Skintific. Menariknya, 70% produk makanan di sini adalah Halal, memastikan keselesaan dan keyakinan buat pelanggan Muslim.
Kolaborasi Eksklusif Bersama Disney
Menambah daya tarikan, OH!SOME melancarkan koleksi istimewa Mickey Mouse dengan lebih 100 variasi produk. Pelanggan juga boleh mendapatkan barangan karakter Disney lain seperti Stitch, Winnie the Pooh dan Donald Duck. Koleksi ini bukan sahaja menyerikan gaya hidup harian malah memberi sentuhan nostalgia kepada peminat setia Disney.
Ulang Tahun Pertama & Rancangan Masa Depan
Pembukaan kedai baharu ini bertepatan dengan ulang tahun pertama OH!SOME pada bulan Ogos. Bagi meraikan pencapaian ini, jenama ini akan mengadakan sambutan khas di Malaysia, Singapura, dan beberapa negara lain serta merancang untuk terus mengembangkan kedainya dan memperkenalkan lebih banyak inisiatif gaya hidup untuk pengguna yang mengutamakan trend terkini.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi OH!SOME atau ikuti mereka di Facebook dan Instagram.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!




Eco-Shop Tampilkan Koleksi Merdeka Bersama Projek SembangSembang pada Harga RM2.60
PerySmith Lancar AirStick Pro, Vakum Tiub Ultra-Langsing Pertama Jenama Malaysia
Midea Kembangkan Rangkaian Jualan, Produk Kini Boleh Didapati Di 99 Speed Mart
GSC Play Tawar Activity Kit Spider-Man: Brand New Day Percuma – Beli 2 Tiket Dan Dapatkan Kit Edisi Khas
PRISM+ Perkenal Siri PureFresh Dan FreezeMaster Di Malaysia, Harga Bermula RM599
MR D.I.Y. Plus Kini Rasmi Dibuka Di The Mines, Gabungkan 4 Jenama Dalam Satu Lokasi