Eco-Shop, peruncit barangan keperluan rumah terkemuka di Malaysia, melancarkan kempen Merdeka bertemakan “Raikan Seni Kita, Jiwa Bangsa” yang berlangsung di seluruh negara dari 1 Ogos hingga 30 September 2026. Diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, inisiatif ini mengajak rakyat Malaysia menghayati identiti negara menerusi kreativiti dan seni yang mencerminkan pelbagai kisah, tradisi serta pengalaman masyarakat.
Berteraskan kepercayaan bahawa seni merupakan medium ekspresi diri yang bermakna, Eco-Shop mahu menggalakkan rakyat Malaysia berkongsi perspektif tentang perkara yang menjadikan negara ini istimewa dengan menjadikan ekspresi seni sebahagian daripada kehidupan seharian.
“Setiap rakyat Malaysia mempunyai cara tersendiri untuk menzahirkan erti Merdeka. Kami percaya bahawa seni mampu menghidupkan setiap ekspresi ini dan menjadikannya lebih mudah dinikmati oleh semua,” kata Jessica Ng, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Eco-Shop.

Antara tumpuan utama kempen ini ialah kerjasama Eco-Shop dengan Projek SembangSembang, yang menghasilkan rangkaian eksklusif barangan Merdeka edisi terhad dengan ilustrasi asli berinspirasikan budaya tempatan. Koleksi tersebut merangkumi tiga rekaan buku nota, sebuah beg guna semula dan satu pek pelekat, dengan setiap satu berharga RM2.60.
“Menerusi kerjasama dengan Projek SembangSembang, kami mahu semangat Merdeka terus dirasai walaupun selepas sambutan berakhir, dengan menerapkan karya seni asli berinspirasikan Malaysia pada barangan kegunaan harian yang meraikan kreativiti dan kekayaan budaya negara,” tambah Jessica.
Pelanggan boleh mendapatkan Koleksi Projek SembangSembang di semua cawangan Eco-Shop di seluruh negara berserta pelbagai keperluan Merdeka seperti Jalur Gemilang, hiasan dan aksesori sambutan bagi menyemarakkan bulan kemerdekaan tanpa membebankan perbelanjaan.
Untuk maklumat lanjut, ikuti Eco-Shop di Facebook (EcoShopMarketing), Instagram (ecoshop_my) dan TikTok (@ecoshopmalaysia).
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

PerySmith Lancar AirStick Pro, Vakum Tiub Ultra-Langsing Pertama Jenama Malaysia
Midea Kembangkan Rangkaian Jualan, Produk Kini Boleh Didapati Di 99 Speed Mart
GSC Play Tawar Activity Kit Spider-Man: Brand New Day Percuma – Beli 2 Tiket Dan Dapatkan Kit Edisi Khas
PRISM+ Perkenal Siri PureFresh Dan FreezeMaster Di Malaysia, Harga Bermula RM599
MR D.I.Y. Plus Kini Rasmi Dibuka Di The Mines, Gabungkan 4 Jenama Dalam Satu Lokasi
Program NUR@PETRA 2026: Ini Cara Dapat e-Rebat RM200 Untuk Penyaman Udara Dan Peti Sejuk