MR D.I.Y. Group (M) Berhad kini membuka lagi satu premis konsep barunya, MR D.I.Y. Plus, kali ini di The Mines Shopping Mall, salah sebuah pusat membeli-belah komuniti yang popular di Lembah Klang. Pembukaan ini menandakan usaha berterusan kumpulan tersebut untuk memastikan janji ‘Always Low Prices’ lebih dekat dan mudah diakses oleh rakyat Malaysia.
Berbeza daripada gedung MR D.I.Y. yang biasa, format Plus ini menggabungkan empat jenama sekali gus, MR D.I.Y., MR. TOY, MR. DOLLAR dan EMTOP, dalam satu ruang. Ini bermakna pelanggan boleh mencari barangan penambahbaikan rumah, keperluan isi rumah, mainan, produk gaya hidup dan barangan harian tanpa perlu mengunjungi kedai yang berbeza.

Premis ini turut membawa konsep “retailtainment” dengan sudut-sudut menarik yang direka khas untuk bergambar dan dikongsi di media sosial, selain ruang komuniti bernama “The Stage” yang akan menjadi tapak pelbagai aktiviti dan bengkel hujung minggu untuk keluarga dan penduduk sekitar.
Ketua Pegawai Eksekutif MR D.I.Y., Adrian Ong turut berkongsi pandangan mengenai pembukaan ini, menekankan bahawa tabiat membeli-belah masyarakat kini menuntut kemudahan tanpa mengorbankan variasi pilihan atau nilai.
“Tabiat membeli-belah orang ramai sentiasa berubah dan pelanggan hari ini inginkan kemudahan tanpa menjejaskan kepelbagaian pilihan atau nilai. MR D.I.Y. Plus di The Mines menawarkan pengalaman membeli-belah baharu yang mengutamakan keperluan harian pelanggan, pada masa yang sama memberikan akses kepada pilihan produk yang lebih luas dalam satu lokasi,” katanya.

Antara kategori produk yang boleh didapati di premis ini termasuklah alat pertukangan, perkakasan, produk elektrik, alat tulis, mainan, aksesori automotif dan pelbagai lagi barangan gaya hidup. Susun atur kedai turut direka bagi memudahkan pergerakan pelanggan dan mempercepatkan proses mencari barangan yang dikehendaki.
Kehadiran MR D.I.Y. Plus ini dijangka turut memberi nafas baharu kepada tawaran peruncitan dan hiburan di The Mines Shopping Mall, sekali gus menarik lebih ramai pengunjung ke pusat membeli-belah tersebut.
Kini dengan lebih 1,500 cawangan di seluruh negara, MR D.I.Y. terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peruncit perkakas rumah terkemuka di Malaysia, menawarkan lebih 19,000 SKU merentasi pelbagai kategori.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Metrojaya Carnival Sale Di LaLaport BBCC Sampai 31 Julai: Fesyen & Lifestyle Diskaun Hingga 70%!
Program NUR@PETRA 2026: Ini Cara Dapat e-Rebat RM200 Untuk Penyaman Udara Dan Peti Sejuk
LG Subscribe Buka Cawangan Ke-130, Kini Rangkaian Langganan Peralatan Rumah Terbesar Di Malaysia
PRISM+ dan TTRacing Tawar Diskaun Sehingga 70% Menerusi Shopee Hyper Brand Day
PRISM+ Perluas Produk Rumah Pintar di Malaysia dengan TV AI, Robot Vakum dan Peralatan Rumah Baharu
Taobao 618 Mid-Year Sale Bermula 21 Mei, Tawar Diskaun Hingga 15% dan Baucar Harian