Menu

Midea Kembangkan Rangkaian Jualan, Produk Kini Boleh Didapati Di 99 Speed Mart

Alyaa 2 weeks ago

Midea kini menjalinkan kerjasama dengan 99 Speed Mart, di mana syarikat perkakas rumah itu bakal menawarkan pelbagai perkakas rumah kecil untuk dijual di rangkaian pasar mini tempatan tersebut.

Kerjasama ini dimeterai menerusi majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Midea dan 99 Speed Mart pada 29 Julai. Menurut Midea, kerjasama ini membolehkan produk mereka lebih mudah diperoleh oleh rakyat Malaysia di seluruh negara.

Berikut merupakan senarai produk Midea yang boleh anda temui di cawangan 99 Speed Mart berhampiran:

  • Blender Glass Jar (MBL602B0BGG)
  • Blender (MBL-6012K)
  • Double Wall Jug Kettle (MK-17BK)
  • Jug Kettle (MKE172M2BDG)
  • Conventional Rice Cooker (MG-GP06B/MG-GP18B)Table Fan (MF-16FT15NB)
  • Stand Fan (MF-16FS23C-BK)
  • Desktop Circulation Fan (MFT700M0BPB)
  • Bread Toaster (MTO9522SBPG)
  • Oven Toaster (MEO-10BDW-BK)
  • Corded Stick Vacuum (MCV-SV66)
  • Stainless Steel Stove (MGS-T2133S)

Pengarah Urusan Midea Malaysia, Mark Tam berkata, dengan bekerjasama bersama 99 Speed Mart, Midea memperoleh akses kepada salah satu rangkaian runcit paling meluas di Malaysia. Ini membolehkan jenama tersebut menjangkau lebih banyak kawasan kejiranan dan melayani pengguna di tempat mereka tinggal serta membeli-belah, selari dengan slogan 99 Speed Mart iaitu ‘Near n’ Save’.

Beliau menambah bahawa langkah ini turut melengkapkan kedai jenama sedia ada Midea serta rangkaian pengedar sah syarikat, sekali gus mewujudkan lebih banyak titik sentuh untuk pelanggan menemui, mencuba dan membeli produk mereka.

Perkongsian bersama 99 Speed Mart ini menyusuli usaha pengembangan Midea sebelum ini, yang menyaksikan pembukaan 18 Midea Brand Store di seluruh Malaysia pada tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif 99 Speed Mart, Lee Thiam Wah pula berkata perkongsian bersama Midea ini menandakan satu pencapaian penting buat rangkaian pasar mini tersebut, dalam usaha mereka mengembangkan penawaran produk melangkaui tawaran biasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai kerjasama Midea x 99 Speed Mart, anda boleh klik di sini untuk melayari laman web mereka.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –