Ramai orang hanya mula memikirkan soal kecekapan tenaga apabila bil elektrik meningkat. Hakikatnya, penjimatan boleh bermula ketika memilih peralatan elektrik itu sendiri. Melalui Program Nikmat Untuk Rakyat (NUR@PETRA) 2026, pengguna domestik yang layak boleh menikmati e-Rebat sehingga RM200 untuk pembelian penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga.
Program ini diperkenalkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan dilaksanakan oleh SEDA Malaysia. Bagi tahun 2026, kerajaan memperuntukkan RM32 juta melibatkan 160,000 unit e-Rebat untuk pengguna domestik yang layak.
Berapa Banyak Rebat Yang Boleh Diperoleh?
Setiap pengguna domestik yang layak boleh menikmati diskaun e-Rebat sehingga RM200 bagi pembelian satu unit penyaman udara atau peti sejuk yang mempunyai penarafan kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang serta diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) atau Energy Commission of Sabah (ECoS).
Menariknya, anda tidak perlu membuat tuntutan selepas pembelian. Diskaun RM200 akan ditolak terus ketika pembayaran dibuat. Sebagai contoh, jika harga peti sejuk ialah RM2,000, anda hanya perlu membayar RM1,800 selepas potongan e-Rebat dikenakan.
Siapa Yang Layak?

Untuk menikmati insentif ini, anda perlu memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pengguna atau pemilik akaun elektrik domestik yang berdaftar dengan TNB, SESB, Sarawak Energy Berhad (SEB) atau Nur Power Sdn. Bhd. (NDSB).
- Belum pernah membuat tuntutan di bawah Program NUR@PETRA 2025.
Perlu diingat bahawa setiap akaun elektrik hanya layak menerima satu e-Rebat untuk satu peralatan elektrik sahaja.
Bagi penyewa rumah, anda juga boleh memohon, namun disarankan mendapatkan kebenaran daripada pemilik akaun elektrik terlebih dahulu.
Cara Menebus Diskaun RM200
Terdapat dua kaedah untuk menikmati e-Rebat ini.
1. Pembelian Di Kedai Fizikal

Kunjungi kedai yang berdaftar di bawah Program NUR@PETRA dengan membawa bil elektrik dan Kad Pengenalan bagi tujuan pengesahan. Jika layak, potongan RM200 akan diberikan serta-merta semasa pembelian.
2. Pembelian Secara Dalam Talian

Anda juga boleh membeli melalui platform e-dagang yang mengambil bahagian seperti Shopee, Lazada, TikTok Shop, PGMall dan Youbeli. Pilih pekedai yang berdaftar di bawah program ini, kemudian pilih Baucar NUR semasa proses pembayaran untuk menikmati potongan secara automatik.
Semak Kelayakan Terlebih Dahulu
Sebelum membeli, semak kelayakan anda terlebih dahulu melalui portal rasmi NUR@PETRA. Di portal yang sama, anda juga boleh menyemak senarai pekedai berdaftar serta model penyaman udara dan peti sejuk yang layak menerima e-Rebat.
Program ini tertakluk kepada kuota dan menggunakan konsep siapa cepat, dia dapat. Tuntutan e-Rebat akan dibuka bermula 1 Julai 2026, jadi pengguna yang layak disarankan membuat semakan serta menebus rebat seawal mungkin agar tidak terlepas.
Selain itu, e-Rebat yang telah ditebus tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Sebarang pembatalan pembelian selepas diskaun diberikan juga tertakluk kepada polisi dan budi bicara pekedai.
Maklumat lanjut mengenai Program NUR@PETRA 2026, termasuk semakan kelayakan, senarai pekedai berdaftar dan produk yang layak, boleh didapati di laman web rasmi SEDA Malaysia.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

MR D.I.Y. Plus Kini Rasmi Dibuka Di The Mines, Gabungkan 4 Jenama Dalam Satu Lokasi
Baucar Buku MADANI 2026: Cara Tebus E-Baucar RM100 Untuk Pelajar KPM
LG Subscribe Buka Cawangan Ke-130, Kini Rangkaian Langganan Peralatan Rumah Terbesar Di Malaysia
Sebelum Guna BNPL, Ketahui Kesan Lewat Bayar Terhadap Rekod Kredit Anda
Budi Diesel 2026: Panduan Ringkas Untuk Pemilik Kenderaan Diesel di Malaysia
PRISM+ dan TTRacing Tawar Diskaun Sehingga 70% Menerusi Shopee Hyper Brand Day