Xiaomi Malaysia baru sahaja melancarkan Redmi Pad 2 Series, tablet bajet dengan spesifikasi yang padu. Tersedia dalam dua versi iaitu Wi-Fi sahaja dan 4G, Redmi Pad 2 sesuai untuk pelajar, pengguna kasual atau sesiapa yang sedang mencari tablet kedua untuk kegunaan harian.
Apa yang best tentang Redmi Pad 2?
-
Paparan 11” 2.5K, 90Hz – jelas, lancar & selesa untuk mata
-
Cip MediaTek Helio G100-Ultra – cukup power untuk multitasking
-
Bateri 9,000mAh – tahan seharian tanpa risau untuk cas
-
Speaker 4-unit + Dolby Atmos – audio padu untuk tontonan video dan dengar muzik
-
HyperOS 2 – senang untuk disambungkan dengan telefon Xiaomi (jawab call, hotspot auto, copy-paste rentas peranti)
Harga & Promosi di Malaysia

Redmi Pad 2 (Wi-Fi)
- RM559 (4GB + 128GB, promosi online)
- RM799 (8GB + 256GB)
Redmi Pad 2 4G
- RM699 (4GB + 128GB)
- RM999 (8GB + 256GB)
Hadiah Percuma untuk pembelian awal

Untuk pembelian awal secara atas talian, anda akan dapat:
- Cover Redmi Pad 2 percuma
- Xiaomi Smart Band 9 Active percuma
Tablet ini mula dijual mulai 20 Jun 2025 di kedai rasmi Xiaomi, Shopee, Lazada dan mi.com. Warna yang ditawarkan termasuk Graphite Gray, Mint Green, dan Lavender Purple (untuk model Wi-Fi sahaja).

Instagram Perkenal Logo Teks Baharu Selepas Lebih Sedekad, Cetus Pelbagai Reaksi Pengguna
Samsung Wallet Kini Sokong MBSB Bank – Belanja RM30, Berpeluang Menang Galaxy Tab
iQOO 15 Tampil Sebagai Peranti Rasmi untuk Aksi Esports SUKMA XXII Selangor 2026
Portal Rakyat Digital Dilancarkan untuk Memperkasa Kemahiran AI dan Digital Rakyat Malaysia
POCO Carnival 2026 Kembali Sempena Ulang Tahun Ke-8, Tawar Diskaun Peranti Hingga RM500
REDMI A7 Kini di Malaysia, Harga RM469 dengan Bateri 5200mAh dan Skrin 6.88 Inci