Nak pergi TRX Mall tapi seriau tengok harga parking? Jangan risau, seorang pengguna TikTok, @maeyaaaaaa, telah berkongsi satu tips jimat gila untuk korang yang nak elak bayar mahal hanya untuk letak kereta beberapa jam.
Dalam video tersebut, @maeyaaaaaa menunjukkan satu kawasan parking murah yang terletak bersebelahan TSLAW Tower β cuma sekitar 10 minit berjalan kaki ke TRX Mall. Walaupun kena jalan sikit, tapi harga memang berbaloi: RM10 sahaja untuk satu hari per entry!
https://www.tiktok.com/@maeyaaaaaaaaaaa/video/7508744474890177810
Jimat Banyak, Tak Jauh Pun!
Kalau nak dibandingkan dengan parking di dalam TRX Mall yang boleh cecah RM10 hanya untuk 2 jam, memang terasa sayang duit tu. Bayangkan kalau korang lepak dan shopping lebih lama, boleh habis RM20 ke RM30 hanya untuk parking je!

Parking berhampiran TSLAW Tower ini memang jadi penyelamat poket, terutamanya untuk yang datang lama atau nak βlepakβ di The Exchange TRX. Tapi, ada satu cabaran, ruang parking agak terhad, jadi kena datang awal kalau tak nak terlepas peluang.
Ringkasan Tips:
π Lokasi: Sebelah TSLAW Tower
πΆββοΈ Jarak ke TRX Mall: Β±10 minit berjalan
π° Harga: RM10 / day (per entry)
β οΈ Nota: Tempat terhad, datang awal!
Kalau nak tengok sendiri laluan dan lokasi parking tu, bolehlah tengok video penuh dari @maeyaaaaaa di TikTok. Tips simple tapi berbaloi gila untuk jimat kos parking di KL!

Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Bila Waktu Terbaik Untuk Tukar Telefon? Ini Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian
ERL Tawar Diskaun 50% Tiket KLIA Transit ke Putrajaya Sempena Hari Kebangsaan 2026
Astro Raikan Ulang Tahun ke-30 dengan Akses Percuma Semua Saluran kepada Pelanggan