Berita baik untuk kaki lari dan sesiapa yang nak sambut Merdeka dengan gaya lebih sihat dan meriah – Coway Run 2025 bakal berlangsung pada 31 Ogos 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil, dan yang paling best… tiket bermula serendah RM45 je!
Tawaran RM45 ni eksklusif untuk jualan pelancaran selama 24 jam bermula 1 Mei 2025. Lepas tu, akan ada Jualan 72 Jam, Jualan Awal dan Jualan Umum – tapi harga confirm makin naik, jadi baik rebut awal!
Bukan itu je – 10 orang bertuah yang beli tiket dari 1 hingga 4 Mei berpeluang menang baucar Brooks bernilai RM400 setiap satu. Mana tahu, rezeki Merdeka kan?

Tema tahun ni, ‘Dominasikan Rentak Anda’, memang kena dengan semangat kemerdekaan. Coway Run bukan sekadar larian – ia cara untuk rakyat Malaysia tunjuk semangat cintakan negara sambil jaga kesihatan. Ada kategori 5km santai, cabaran 10km dan 21km dengan hadiah lumayan, serta laluan larian penuh halangan menarik untuk kanak-kanak dan seisi keluarga.
Paling penting – setiap tiket yang korang beli, RM10 akan disalurkan kepada Coway Happy Water Project untuk bantu komuniti yang perlukan air bersih. Lari sambil beramal, siapa tak nak?
Jadi, set reminder siap-siap – 1 Mei 2025 – jangan lepaskan tiket harga launch RM45 tu! Info lanjut dan pembelian tiket, boleh terus ke www.cowayrun.com.my.

Netflix Naikkan Harga Langganan di Malaysia, Kini RM19.90 hingga RM69.90 Sebulan
Google Bawa Lyria 3.5 ke Gemini, Kini Boleh Cipta Lagu AI Terus dalam Aplikasi
CelcomDigi dan Astro Buka Pentas untuk Bakat Sabah dan Sarawak Menerusi Borneo Rising
Astro Raikan Ulang Tahun ke-30 dengan Akses Percuma Semua Saluran kepada Pelanggan
Tune Talk Turns 17 Birthday Bash: Festival Percuma dengan Konsert, Bazar Makanan dan Hadiah RM160,000
Jualan 8.8 Merdeka realme: Penjimatan Sehingga 50% di Shopee, Lazada dan TikTok Shop