Menu

Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31

Alyaa 19 hours ago

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi melonjak minggu ini, sekali gus mencatatkan kenaikan paling tinggi dalam beberapa minggu kebelakangan ini, selepas konflik antara Amerika Syarikat dan Iran kembali meruncing sehingga mendorong harga minyak mentah Brent mencecah AS$97.31 setong.

Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi di Semenanjung Malaysia masing-masing dinaikkan 25 sen seliter bagi tempoh 10 September hingga 16 September 2026, berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Harga Runcit Petrol dan Diesel Bagi 10–16 September 2026

Bagi tempoh 10 September hingga 16 September 2026, harga runcit bahan api tanpa subsidi ditetapkan seperti berikut:

  • RON97: 🔺 RM4.50 seliter (naik 25 sen)
  • RON95: 🔺 RM4.02 seliter (naik 25 sen)
  • Diesel: 🔺 RM4.92 seliter (naik 25 sen)

Sementara itu, harga bahan api bersubsidi kekal seperti berikut:

  • RON95 Bersubsidi (BUDI95): ➡️ RM1.99 seliter
  • Petrol Bersubsidi (SKPS): ➡️ RM2.05 seliter
  • Diesel Bersubsidi (SKDS): ➡️ RM2.15 seliter
  • Diesel Bersubsidi (BUDI Diesel): ➡️ RM2.10 seliter

193 Hari Konflik Asia Barat, Serangan Berbalas AS-Iran Berterusan

Menurut Kementerian Kewangan, harga minyak mentah dunia meningkat ketara sepanjang tempoh pengiraan harga APM susulan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran yang kembali meruncing serta peningkatan risiko gangguan bekalan petroleum melalui Selat Hormuz. Harga minyak mentah Brent meningkat sepanjang tempoh pengiraan APM sebelum mencecah AS$97.31 setong pada hari Isnin.

Pada masa sama, pasaran produk petroleum bertapis dunia kekal ketat. Gangguan kapasiti penapisan di Asia Barat serta serangan berterusan terhadap loji penapisan Rusia telah mengurangkan bekalan petrol, diesel dan produk petroleum lain ke pasaran antarabangsa. Harga diesel di pasaran antarabangsa turut meningkat lebih pantas berbanding minyak mentah berikutan kekangan kapasiti penapisan dan inventori yang semakin menyusut.

Perlindungan Melalui BUDI MADANI

 

Pada harga semasa, penerima BUDI95 terus membayar RM1.99 seliter berbanding RM4.02 seliter bagi RON95 tanpa subsidi. Ini bermakna kerajaan menanggung subsidi RM2.03 seliter, bersamaan kira-kira 50% daripada harga tanpa subsidi. Bagi BUDI Diesel pula, penerima membayar RM2.10 seliter berbanding RM4.92 seliter, dengan subsidi kerajaan sebanyak RM2.82 seliter atau sekitar 57%.

Rakyat Malaysia yang layak boleh terus membeli RON95 dan diesel bersubsidi menggunakan MyKad, tertakluk kepada had kelayakan bulanan. Mulai 1 September 2026, had asas BUDI95 dan BUDI Diesel dinaikkan semula kepada 300 liter, manakala pemilik pikap dan jip diesel yang layak menerima tambahan 100 liter.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –