MyDIGITAL Corporation dan Pepper Labs telah menjalinkan kerjasama untuk membawa pembelajaran kecerdasan buatan (AI) terus ke dalam komuniti setempat, menerusi platform Rakyat Digital. Kerjasama yang dimeterai menerusi satu Memorandum Persefahaman (MoU) pada AI-Ready Malaysia Summit 2026 pada 14 Ogos lalu, menggabungkan jangkauan nasional Rakyat Digital dengan rangkaian berasaskan komuniti Dapur Digital.
Menerusinya, MyDIGITAL Corporation menyediakan penyelarasan peringkat nasional, laluan pembelajaran berstruktur dan akses digital, manakala Pepper Labs pula membawa jangkauan serta pengalaman pelaksanaan di lapangan dalam komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR).
Rakyat Digital merupakan Hab Pembelajaran Digital Malaysia di bawah Kementerian Digital, yang digerakkan menerusi pendekatan 3A, iaitu Kesedaran (Awareness), Akses (Access) dan Penerimagunaan (Adoption). Menerusi Dapur Digital, pendekatan ini diperluaskan melangkaui skrin dan terus ke ruang komuniti, khususnya di kawasan PPR.
Dapur Digital sendiri merupakan inisiatif keusahawanan komuniti oleh Pepper Labs yang mengubah ruang kurang digunakan di kawasan PPR menjadi hab ekonomi dan pembelajaran. Ia turut menyokong usahawan mikro wanita dan komuniti setempat dalam membina perniagaan yang lebih mampan menerusi latihan, kemudahan bersama dan akses pasaran.
Kerjasama ini turut menyokong inisiatif AI-Ready Malaysia oleh Pepper Labs, dengan beberapa program terpilih dijangka dipaparkan di Hab Kemahiran Digital Rakyat Digital. Disokong menerusi AI Opportunity Fund for Asia-Pacific yang dilaksanakan AVPN dengan sokongan Google.org dan Asian Development Bank (ADB), inisiatif ini menyasarkan sehingga 50,000 rakyat Malaysia, termasuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), pelajar universiti serta pendidik.
Pada masa sama, inisiatif ini selari dengan agenda Negara AI 2030 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030) serta Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030.
Bagi rakyat yang ingin memperkukuh kemahiran digital dan AI, anda boleh meneroka pelbagai peluang pembelajaran melalui portal rasmi Rakyat Digital, termasuk akses percuma kepada katalog kursus Coursera untuk peserta yang layak.
Nak dapatkan berita, maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Selangor Umum Cuti Peristiwa 1 September Sempena Kejayaan Juara Keseluruhan SUKMA 2026
Fi Life Henti Jualan Polisi Insurans Baharu Mulai 26 Ogos 2026, Pemegang Polisi Sedia Ada Tidak Terjejas
Super El Nino Berpotensi Melanda Malaysia, Ini Fakta Terkini dan Tip Hadapi Cuaca Panas
OpenAI Perkenal ChatGPT for Teens, Fokus Pembelajaran dengan Perlindungan Lebih Ketat
Harga Minyak 20–26 Ogos 2026: RON97, RON95 dan Diesel Naik Sehingga 20 Sen Seliter
Xiaomi Umum Meerqeen Sebagai Duta Siri REDMI Note 17 Menjelang Pelancaran Rasmi 2 September