Menu

iQOO 15 Tampil Sebagai Peranti Rasmi untuk Aksi Esports SUKMA XXII Selangor 2026

Alyaa 6 minutes ago

iQOO Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam arena permainan tempatan apabila iQOO 15 dipilih sebagai Peranti Rasmi Pertandingan bagi acara ee-sukans SUKMA XXII & PARA SUKMA Selangor 2026.

Acara e-sukan kejohanan ini bakal berlangsung dari 19 hingga 23 Ogos 2026 di MPAJ Convention Centre, menghimpunkan barisan pemain ee-sukans terbaik dari seluruh negara untuk bersaing di peringkat tertinggi. Sebagai Rakan Peranti Rasmi Pertandingan, iQOO akan menyokong kejohanan ini menerusi telefon pintar perdananya yang direka untuk menangani intensiti permainan mudah alih yang tinggi.

Bagi iQOO, pelantikan ini merupakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha berterusan jenama tersebut untuk menyokong komuniti permainan kompetitif dan ee-sukans yang semakin berkembang di Malaysia. Dengan menyediakan peranti yang mampu mengekalkan prestasi stabil dan responsif, iQOO mahu memastikan pengalaman pertandingan yang lancar tanpa gangguan buat para pemain.

Di sebalik keupayaan tersebut, iQOO 15 dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang menjanjikan prestasi pantas dan cekap. Ia turut dilengkapi Cip Supercomputing Q3 yang menggabungkan teras DA, RT dan AI bagi menyokong kadar bingkai yang stabil, visual yang lancar serta keupayaan ray tracing pada peranti mudah alih.

Dari segi paparan, iQOO 15 hadir dengan skrin OLED 2K M14 LEAD™ hasil kerjasama dengan Samsung, menawarkan kecerahan puncak sehingga 6,000 nit, tiga penderia cahaya sekitar dan liputan warna 118% NTSC. Kombinasi ini memberikan visual yang jelas dan tajam, khususnya ketika sesi permainan yang sengit. Menariknya lagi, iQOO 15 turut menjadi peranti pertama di dunia yang memperkenalkan sistem OriginOS 6.

Selain menyediakan perkakasan, penglibatan iQOO turut merangkumi ujian prestasi tinggi di lokasi serta pengalaman interaktif untuk para pemain. Ini sekali gus membuka peluang kepada peminat dan komuniti ee-sukans untuk merasai sendiri keupayaan teknologi iQOO dalam persekitaran pertandingan profesional.

Menerusi kerjasama ini, iQOO menegaskan komitmennya untuk terus menyokong pemain, peminat dan komuniti permainan seiring dengan perkembangan ee-sukans sebagai sebahagian daripada sukan arus perdana di Malaysia.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –