Menu

Munchy’s Sambut Ulang Tahun Ke-35 dengan Sumbangan Produk RM500,000 Sempena HKHM 2026

Alyaa 2 months ago

Munchy’s Malaysia meraikan ulang tahunnya yang ke-35 dengan menyumbang produk bernilai RM500,000 bagi berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia, sekali gus memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026. Sumbangan ini bukan sahaja menandakan tahun ketiga berturut-turut jenama tempatan itu menyokong sambutan kebangsaan, malah menjadi sumbangan terbesar yang pernah diberikan Munchy’s setakat ini.

Penyerahan sumbangan tersebut telah disampaikan kepada Menteri Komunikasi, Dato’ Seri Fahmi Fadzil, dalam satu majlis penyerahan rasmi anjuran Kementerian Komunikasi di Menara Komunikasi, Putrajaya, baru-baru ini. Ketua Pegawai Eksekutif Munchy’s Malaysia, Rodney Wong berkata, peningkatan nilai sumbangan tersebut mencerminkan komitmen syarikat untuk memainkan peranan yang bermakna dalam sambutan yang istimewa buat rakyat Malaysia.

“Selama 35 tahun, Munchy’s telah berkembang seiring dengan Malaysia dan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia merentasi pelbagai generasi dan latar belakang. Sambutan HKHM memberi peluang kepada kami untuk meraikan perjalanan yang dikongsi bersama ini serta menyumbang kembali kepada negara,” katanya.

Beliau turut menzahirkan rasa bangga kerana dapat menyalurkan sumbangan terbesar syarikat setakat ini, dengan harapan produk-produk Munchy’s dapat menambah keceriaan sambutan serta mencipta detik-detik bermakna buat rakyat Malaysia yang menyertai pelbagai program di seluruh negara.

Munchy’s Malaysia mula menyokong sambutan HKHM sejak tahun 2024 dan terus memperkukuhkan penglibatannya setiap tahun. Sumbangan terbaharu ini mencerminkan komitmen jangka panjang syarikat dalam menyokong inisiatif yang menyatukan rakyat serta mengukuhkan ikatan antara komuniti. Menurut Munchy’s, produk-produk berkenaan akan diedarkan menerusi program dan aktiviti terpilih yang diadakan sempena sambutan HKHM 2026. 

Sebagai salah satu jenama biskut yang cukup dikenali rakyat Malaysia, Munchy’s menawarkan pelbagai pilihan produk untuk citarasa berbeza, termasuk Munchy’s, LEXUS, Oat Krunch, Cream-O, MUZIC, TOPMIX dan FUNMIX. Kepelbagaian rangkaian ini menjadikan jenama tersebut dekat dengan pengguna daripada pelbagai peringkat usia, sama ada mereka menggemari biskut berkrim, berasaskan oat mahupun snek rangup untuk dinikmati pada bila-bila masa.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 Munchy’s, anda boleh melayari laman media sosial rasmi mereka di Faceook (Munchy’s) dan Instagram (@munchys.my).


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –