Menu

Rakyat Malaysia Bakal Nikmati 10GB Data Percuma Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia

Alyaa 16 hours ago

Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, rakyat Malaysia yang layak bakal menerima sehingga 10GB data mudah alih secara percuma menerusi Insentif Rebat RAHMAH HKHM 2026. Pemberian ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil hasil kerjasama lima penyedia rangkaian utama negara iaitu CelcomDigi, Maxis, TM, U Mobile dan YES.

Insentif ini terbuka kepada pengguna prabayar dan pascabayar yang merupakan warganegara Malaysia, tertakluk kepada syarat kelayakan yang ditetapkan oleh penyedia perkhidmatan masing-masing. Pengguna juga tidak perlu melanggan pelan baharu atau membuat bayaran tambahan untuk menikmati data percuma tersebut.

Pemberian data akan dibuat dalam dua fasa, dengan 5GB diberikan sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan tambahan 5GB sempena Hari Malaysia pada 16 September.

Secara keseluruhan, pengguna yang layak boleh menikmati sehingga 10GB data tambahan untuk kegunaan harian. Kaedah dan tempoh penebusan akan diumumkan oleh penyedia perkhidmatan masing-masing, manakala Soalan Lazim (FAQ) penuh akan dimuat naik di laman web Kementerian Komunikasi.

Sumber: Berita Harian


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –