Maybank secara rasmi menamakan semula Menara Merdeka 118 sebagai Menara Merdeka Maybank, menandakan kehadiran kumpulan perbankan itu di bangunan mercu tanda berkenaan yang kini menjadi ibu pejabat baharunya.
Susulan penjenamaan semula itu, alamat berdaftar baharu ibu pejabat kini berubah kepada Maybank ialah Level 70, Menara Merdeka Maybank, Presint Merdeka 118, 50118 Kuala Lumpur.
Pada masa yang sama, bekas ibu pejabat Maybank di Jalan Tun Perak, yang sebelum ini dikenali sebagai Menara Maybank juga akan dinamakan semula sebagai Menara Tun Perak. Kedua-dua nama baharu bangunan tersebut berkuat kuasa mulai 28 Julai 2026.
Maybank turut memberi jaminan bahawa Cawangan Utama Kuala Lumpur akan terus beroperasi di Menara Tun Perak sehingga dimaklumkan kelak. Semua perkhidmatan perbankan akan diteruskan seperti biasa, dan perubahan nama bangunan itu tidak akan memberi sebarang kesan kepada pelanggan yang mempunyai akaun di cawangan berkenaan.
Sebagai konteks, Merdeka 118 merupakan bangunan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Dengan ketinggian 678.9 meter, ia juga merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.
Menara pencakar langit setinggi 118 tingkat ini sebelum ini dikenali sebagai Menara Warisan Merdeka atau PNB 118 dan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Reka bentuk fasadnya yang berbucu diilhamkan daripada gaya tangan Tunku Abdul Rahman ketika melaungkan “Merdeka” pada tahun 1957 di Stadium Merdeka yang terletak berhampiran.
Perpindahan ini menempatkan Maybank, bank terbesar di Malaysia dari segi aset, di salah sebuah bangunan paling ikonik di ibu negara, sekali gus mengukuhkan imejnya sebagai antara institusi kewangan utama negara.
Gambar utama: DvTor8303/Wikipedia
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

Netflix Naikkan Harga Langganan di Malaysia, Kini RM19.90 hingga RM69.90 Sebulan
Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Permohonan Sukarelawan Formula 1 di Sepang Dibuka dengan 500 Kekosongan untuk Diisi
Program AI Untuk Rakyat Bakal Perkasa 100,000 Belia dengan Akses Teknologi AI Percuma
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA