Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengurusan pelajar Tingkatan Enam atau pra-universiti akan kekal di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) buat sementara waktu. Keputusan itu diumumkan ketika beliau berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Kementerian Pendidikan di Putrajaya hari ini.
Menurut Anwar, walaupun terdapat cadangan rasional untuk memindahkan pengurusan Tingkatan Enam ke bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), proses peralihan itu memerlukan masa mencukupi kerana membabitkan penyelarasan sistem serta skim perkhidmatan guru.
“Buat masa sekarang saya putuskan supaya pra-universiti Tingkatan Enam ini masih di bawah Kementerian Pendidikan buat sementara,” katanya.

Gambar: Anwar Ibrahim/Facebook
Beliau berkata kerajaan akan mengkaji semula keputusan tersebut selepas beberapa tahun pelaksanaan. Jika bersesuaian, kolej khas Tingkatan Enam boleh diwujudkan pada masa hadapan.
Walaupun kekal di bawah KPM, Anwar menegaskan pelajar Tingkatan Enam perlu diberi pengiktirafan sebagai kumpulan pascasekolah dan pra-universiti, bukan lagi sebahagian daripada aliran sekolah menengah biasa. Mereka sepatutnya ditempatkan di blok berasingan dengan pengurusan dan disiplin tersendiri, walaupun berada dalam bangunan sekolah yang sama.
Pengumuman ini merupakan perubahan daripada hala tuju yang dinyatakan sebelum ini. Ketika berucap pada Majlis Pelancaran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 pada Januari lalu, Anwar memaklumkan KPT akan mengambil alih sepenuhnya sistem pendidikan pra-universiti membabitkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi mulai tahun depan, langkah yang bakal menjadikan kedua-dua kumpulan itu secara rasmi sebagai pelajar pendidikan tinggi.
Dalam ucapan sama, Anwar turut menyatakan urusan prasekolah akan diselaraskan di bawah KPM bagi memastikan standard pendidikan awal kanak-kanak yang lebih seragam dan berkualiti.
Gambar utama: Fadhlina Sidek/Facebook
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Netflix Naikkan Harga Langganan di Malaysia, Kini RM19.90 hingga RM69.90 Sebulan
Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Permohonan Sukarelawan Formula 1 di Sepang Dibuka dengan 500 Kekosongan untuk Diisi
Program AI Untuk Rakyat Bakal Perkasa 100,000 Belia dengan Akses Teknologi AI Percuma
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA