Kerajaan mengumumkan pemberian akses dan langganan perisian kecerdasan buatan (AI) secara percuma selama tiga bulan kepada 100,000 belia berusia 18 hingga 30 tahun menerusi program AI Untuk Rakyat, bermula 31 Ogos ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif itu akan dilancarkan sempena Hari Merdeka dan menjadi antara langkah awal kerajaan bagi memastikan perkembangan teknologi AI dapat dimanfaatkan rakyat, khususnya golongan muda.
Bagaimanapun, kemudahan itu hanya diberikan kepada peserta yang mengikuti dan lulus modul kursus khas yang ditetapkan dalam tempoh yang ditentukan.
“Kita berikan perisian AI secara percuma dengan syarat mereka mengikuti modul kursus yang ditetapkan. Pastikan mereka lulus kursus supaya kita yakin akses langganan itu diberikan kepada orang yang benar-benar sudah mengikuti kursus,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran AI Malaysia di Menara Cyber Axis, Cyberjaya, hari ini.

Anwar berkata modul kursus berkenaan kini sedang disiapkan Kementerian Digital dan dijangka mengambil masa kira-kira dua minggu untuk dilengkapkan. Antara kandungan utama modul itu ialah keselamatan AI, keselamatan siber, AI berasaskan ejen (agentic AI), AI generatif dan pengkomputeran awan.
Menurut beliau, syarat menyiapkan modul itu penting bagi memastikan golongan muda bukan sekadar menggunakan teknologi AI, malah memahami aspek keselamatan, etika dan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab.
Anwar menegaskan agenda pendigitalan negara tidak boleh mewujudkan jurang baharu dalam masyarakat, sebaliknya perlu memastikan akses kepada teknologi AI dinikmati secara lebih meluas.
“Ini satu permulaan yang sangat penting untuk masa depan negara. Kita mahu melahirkan generasi yang celik AI dan bersedia menghadapi perubahan teknologi yang berlaku dengan begitu pantas,” katanya.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Tingkatan Enam Kekal di Bawah KPM, Namun Perlu Diperkasa Sebagai Pra-Universiti – PM Anwar
Samsung Umumkan Kenaikan Harga Galaxy A07 Dan Galaxy A17 Di Malaysia
PRISM+ Perkenal Siri PureFresh Dan FreezeMaster Di Malaysia, Harga Bermula RM599
F1 Sah Kembali ke Malaysia, Litar Sepang Dipilih Sebagai Tuan Rumah Grand Prix Bahrain 2026
HUAWEI Pura 90s Series Tiba Di Malaysia, Bawa Kamera Flagship Dengan Harga Bermula RM3,699
Khairul Aming Hantar Surat Tuntutan Kepada Maxis Susulan Kebocoran Data, JPDP Turut Buka Siasatan