Japan Expo Malaysia 2026 (JEMY 2026) kembali untuk edisi ketujuh dari 24 hingga 26 Julai 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Acara ini menghimpunkan pelbagai elemen budaya, pelancongan, perniagaan, hiburan dan inovasi Jepun di bawah satu bumbung.
Sebagai antara acara bertemakan Jepun terbesar di Malaysia, JEMY 2026 turut diiktiraf sebagai salah satu acara rasmi dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2026.
Lebih menarik, kemasukan ke kawasan pameran adalah percuma untuk orang ramai dengan tiket berasingan diperlukan bagi konsert eksklusif tertentu.
Dua Zon Utama Dengan Pengalaman Berbeza
JEMY 2026 dibahagikan kepada dua zon utama yang menawarkan pengalaman tersendiri kepada pengunjung.
1. Entertainment Zone
Zon ini menjadi tumpuan utama bagi peminat hiburan dan budaya pop Jepun. Antara aktiviti yang ditawarkan termasuk:
- Persembahan secara langsung oleh artis Jepun
- Jualan barangan dan koleksi anime eksklusif
- Pameran figura serta permainan
- Sesi bertemu peminat bersama artis dan pencipta kandungan
2. Exhibition Zone
Zon pameran pula mengetengahkan kepelbagaian budaya, gaya hidup dan peluang berkaitan Jepun menerusi beberapa segmen utama:
- Taste of Japan – Pengalaman menikmati makanan dan minuman autentik Jepun
- Aktiviti kebudayaan – Peluang mencuba yukata, menyertai bengkel seni mempertahankan diri dan pelbagai aktiviti lain
- Travel & Tourism – Informasi mengenai destinasi menarik di Jepun
- Education & Career – Peluang bersama institusi pendidikan dan majikan Jepun
- Lifestyle, Health & Beauty – Pameran trend serta inovasi terkini
- Workshops & Trend Talks – Perkongsian mengenai budaya dan perkembangan industri Jepun
Sorotan Utama JEMY 2026
Kumpulan muzik alternatif Jepun, Atarayo, akan membuat persembahan pada Jumaat, 24 Julai 2026. Konsert ini sesuai untuk peminat muzik indie dan alternatif Jepun. Tiket bagi kedua-dua konsert eksklusif tersebut dijual pada harga bermula RM180.
Kumpulan idola Jepun yang terkenal di peringkat antarabangsa, AKB48 juga akan mengadakan konsert eksklusif pada 25 Julai 2026 di KLCC. Antara ahli yang dijangka hadir ialah Yuna Akiyama, Sae Arai, Narumi Kuranoo, Airi Sato, Miu Shitao dan Azuki Yagi. Persembahan ini dijangka menjadi antara acara yang paling dinanti-nantikan sepanjang JEMY 2026.
Selain AKB48 dan Atarayo, JEMY 2026 turut menampilkan barisan artis Jepun dan Malaysia yang terdiri daripada KLP48, Naomichi Hanazono, Ryuma Daise, Raja Farouk Live Orchestra, MIMIFLY, Rina Hime, Kotomen, B2takes!!, BANZAI JAPAN, Milky Monster, Kouta Nagisa, Nakano Himawari, ZIPANG dan Violinist SHOGO.
Jadual Persembahan Dan Sesi Bertemu Peminat
Persembahan akan berlangsung di dua pentas utama, iaitu Kaze Stage dan Sora Stage, sepanjang tiga hari acara berlangsung.
Program turut merangkumi majlis pembukaan rasmi, pertandingan cosplay, penyampaian anugerah dan majlis penutupan. Pengunjung juga berpeluang menyertai sesi bertemu peminat bersama artis terpilih.
Rujuk jadual penuh di bawah:


Maklumat Penting Sebelum Berkunjung
Lokasi: Hall 6, Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC
Tarikh: 24 hingga 26 Julai 2026
Hari: Jumaat hingga Ahad
Waktu: 10 pagi hingga 8 malam
Kemasukan: Percuma
Konsert eksklusif: Tiket berasingan diperlukan untuk persembahan AKB48 dan Atarayo, dengan harga bermula RM180
Pengunjung boleh menaiki LRT ke Stesen KLCC atau MRT ke Stesen Bukit Bintang, kemudian berjalan melalui laluan pejalan kaki berbumbung menuju ke pusat konvensyen.
Kemasukan ke kawasan pameran adalah percuma. Namun, pengunjung digalakkan mendaftar secara dalam talian melalui laman rasmi Japan Expo Malaysia bagi mengelakkan barisan panjang di pintu masuk.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!


F1 Berpotensi Kembali ke Sepang Sebagai Perlumbaan Ganti Susulan Konflik Di Timur Tengah
Tirai Sukan Komanwel Glasgow 2026 Dibuka Secara Rasmi, 59 Atlet Galas Cabaran Malaysia
CelcomDigi Raikan 20 Juta Pelanggan Menerusi Mega Gegar 20 Juta – Hadiah RM20 Juta Menanti!
Run For Tigers 2026: Sertai Larian 5KM dan 10KM Sambil Membantu Usaha Pemuliharaan Harimau Malaya
Jalan Raja Ditutup Hampir Seminggu, Ini Senarai Jalan Yang Terlibat Sempena Citrawarna 2026
Final Piala Dunia FIFA 2026: Senarai Lokasi Watch Party Dan Tayangan Skrin Besar Sekitar Lembah Klang