Perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 bakal berlangsung pada 20 Julai 2026 (Isnin), jam 3.00 pagi waktu Malaysia, dan pelbagai lokasi sekitar Lembah Klang telah bersedia dengan tayangan skrin besar untuk anda menonton beramai-ramai.
Daripada dataran awam hingga ke pawagam dan kafe, berikut ialah senarai lokasi watch party yang boleh anda kunjungi dengan kebanyakannya menawarkan kemasukan percuma serta pelbagai aktiviti menarik.
1. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur (Unifi)

Rasai debaran aksi final di skrin besar dan bersorak bersama ribuan peminat bola sepak di lokasi ikonik ibu negara.
- Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
- Masa: Bermula 8.00 malam
- Lokasi: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
- Kemasukan: Percuma
- Maklumat lanjut: Facebook Unifi
2. Unifi Arena Bukit Jalil (Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur)

Tayangan di skrin LED besar bersaiz 18 x 8 meter, dengan pilihan menonton secara indoor yang lebih selesa.
- Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
- Masa: Bermula 10.30 malam
- Lokasi: Unifi Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur
- Kemasukan: Percuma (daftar di sini)
- Maklumat lanjut: Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
3. KL Festival Park, Jalan Hang Tuah

Program Sorak Piala Dunia 2026 menawarkan tayangan dari aksi separuh akhir hingga malam final di skrin gergasi bersaiz 160 kaki x 40 kaki.
- Tarikh: 14 – 20 Julai 2026
- Masa: 14, 15, 19 & 20 Julai (6.00 petang – 6.00 pagi); 16, 17 & 18 Julai (6.00 petang – 1.00 pagi)
- Lokasi: KL Festival Park, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur
- Kemasukan: Percuma
- Maklumat lanjut: Instagram KL Festival Park
4. UP3 Rooftop, Melawati Mall (GSC)

Watch party 12 jam tanpa henti di bawah bintang, digabungkan dengan tayangan filem percuma dan sesi bertemu legenda bola sepak negara.
- Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
- Masa: Bermula 6.00 petang
- Lokasi: UP3 Rooftop, Melawati Mall, Kuala Lumpur
- Kemasukan: Berbayar
- Tiket: Diskaun RM5 dengan Visa Click to Pay atau tebusan kemasukan dengan 2,200 GSCoins
- Maklumat lanjut: Facebook GSC
5. TGV AEON Mall AU2 (TGV Cinemas)

Tonton final dalam suasana pawagam dengan pelbagai kelebihan untuk setiap pembelian tiket.
- Tarikh: 20 Julai 2026 (Isnin)
- Masa: Bermula 6.00 petang
- Lokasi: TGV AEON Mall AU2, Kuala Lumpur (turut diadakan di TGV AEON Mall Bukit Indah, Johor)
- Kemasukan: Berbayar (beli di sini)
- Maklumat lanjut: Instagram TGV Cinemas
6. JioSpace, Petaling Jaya (BJAK)

Kemeriahan malam final dengan skrin gergasi dan pelbagai tawaran percuma untuk pengunjung.
- Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
- Masa: Bermula 11.00 malam
- Lokasi: JioSpace, Petaling Jaya
- Kemasukan: Percuma (RSVP diperlukan)
- Maklumat lanjut: Facebook Bjak
7. The Paddock, Petaling Jaya

Lepak sambil menonton perlawanan akhir bersama-sama, dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan.
- Tarikh: 20 Julai 2026 (Isnin)
- Masa: Bermula 12.00 pagi
- Lokasi: The Paddock, Petaling Jaya
- Kemasukan: Pendaftaran diperlukan (daftar di sini)
- Antara tarikan: Tayangan langsung final dan pelbagai aktiviti menarik
- Maklumat lanjut: Instagram CLEAR MY
8. Plate District (SVG Worldwide)

Bukan sekadar tayangan langsung, lokasi ini turut menganjurkan pertandingan bola sepak jalanan 2v2 dan kejohanan FC26 di PS5.
- Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
- Masa: Bermula 5.00 petang
- Lokasi: Plate District
- Kemasukan: Percuma
- Maklumat lanjut: Instagram Svg worldwide
9. Restoran Sweden, IKEA Damansara

Bola dapat, meatball pun dapat! Saksikan siaran langsung perlawanan penentuan juara sambil menikmati hidangan kegemaran anda sehingga pagi.
- Tarikh: 20 Julai 2026 (Isnin)
- Masa: Bermula 3.00 pagi
- Lokasi: Restoran Sweden, IKEA Damansara
- Kemasukan: Terbuka kepada pengunjung restoran
- Maklumat lanjut: Facebook IKEA
10. Aneka Walk, PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor)

Sambutan bola sepak terbesar tahun ini dengan tayangan di skrin LED gergasi serta barisan aktiviti dan hadiah menarik.
- Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
- Masa: Bermula 5.00 petang
- Lokasi: Aneka Walk, PKNS
- Kemasukan: Percuma — terbuka kepada orang ramai
- Maklumat lanjut: Facebook Thrillerz Events
11. The Selangor Square, Kelab Shah Alam Selangor

Suasana seperti di stadium dengan tayangan skrin gergasi, karaoke open mic dan menu makanan pada harga mamak.
- Tarikh: 20 Julai 2026 (Isnin)
- Masa: Bermula 12.00 pagi
- Lokasi: Dataran Selangor (The Selangor Square), Kelab Shah Alam Selangor
- Kemasukan: Percuma (termasuk parkir)
- Maklumat lanjut: Facebook Kelab Shah Alam Selangor
12. Restoran Hakim Baru, Seksyen 7, Shah Alam (Sinar Harian x redONE Mobile)

RIUH BOLA SINAR x redONE Mobile menawarkan tayangan langsung final serta cabaran Teka Skor berhadiah wang tunai.
- Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
- Masa: Bermula 5.00 petang
- Lokasi: Restoran Hakim Baru, Seksyen 7, Shah Alam
- Kemasukan: Terbuka kepada pengunjung restoran
- Maklumat lanjut: Facebook Sinar Harian
13. Decathlon Shah Alam & Petron Ukay Perdana (ZUS Coffee)

Alternatif santai untuk menonton perlawanan akhir bola sepak sambil menikmati minuman kegemaran anda.
- Tarikh: 20 Julai 2026 (Isnin)
- Masa: Bermula 3.00 pagi
- Lokasi: ZUS Coffee Decathlon Shah Alam & ZUS Coffee Petron Ukay Perdana
- Kemasukan: Terbuka kepada pengunjung kedai
- Maklumat lanjut: Facebook ZUS Coffee
14. Padang Laman Seni Safari Jejak Warisan, Klang (Majlis Bandaraya Diraja Klang)

Mini-Showcase Final Piala Dunia FIFA 2026 dengan tayangan skrin besar dan pelbagai pertandingan untuk warga Klang.
- Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
- Masa: Bermula 9.00 malam
- Lokasi: Padang Laman Seni Safari Jejak Warisan, Jalan Stesen, Klang
- Kemasukan: Terbuka kepada orang ramai
- Maklumat lanjut: Facebook Majlis Bandaraya Diraja Klang
15. ST Rosyam Mall Klang

Tonton final di hadapan skrin LED besar sambil menikmati kemudahan membeli-belah 24 jam dan port makan yang tersedia.
- Tarikh: 20 Julai 2026 (Isnin)
- Masa: Bermula 3.00 pagi
- Lokasi: ST Rosyam Mall Klang (depan LED besar)
- Kemasukan: Terbuka kepada orang ramai
- Maklumat lanjut: Facebook ST Rosyam Mart Sdn Bhd 1200903-A
16. Eco Majestic City Park, Semenyih (Eco Majestic)

Tayangan awam final Piala Dunia dalam suasana santai di taman — bawa kerusi dan tikar sendiri untuk pengalaman santai sambil menonton.
- Tarikh: 20 Julai 2026 (Isnin)
- Masa: Bermula 12.00 pagi
- Lokasi: Eco Majestic City Park, Semenyih
- Kemasukan: Terbuka kepada orang ramai (tertakluk kepada terma dan syarat)
- Maklumat lanjut: Facebook Eco Majestic in Klang Valley
17. Hextar World Empire City (Affin Bank)

AFFIN Into The Arena Finale Watch Party menjanjikan sehari penuh keseronokan bola sepak di skrin terbesar Hextar World, Empire City.
- Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
- Masa: Bermula 12.00 tengah hari
- Lokasi: Tingkat Bawah (Ground Floor), Hextar World, Empire City, Petaling Jaya
- Kemasukan: Percuma — terbuka kepada semua
- Maklumat lanjut: Instagram Affin Bank Berhad
18. Dataran Putrajaya (Jabatan Belia Dan Sukan WPKL)

Warga Putrajaya tidak perlu ke Kuala Lumpur — tayangan skrin besar juga tersedia di Dataran Putrajaya!
- Tarikh: 20 Julai 2026 (Isnin)
- Masa: 3.00 pagi
- Lokasi: Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya
- Kemasukan: Percuma
- Maklumat lanjut: Instagram Perbadanan Putrajaya
Jadi, lokasi mana pilihan anda untuk menyaksikan detik penentuan juara Piala Dunia FIFA 2026? Ajak keluarga dan rakan-rakan, pakai jersi pasukan kesayangan anda dan nikmati malam perlawanan akhir beramai-ramai!
Ikuti kami di media sosial untuk lebih banyak info promosi dan tawaran terkini:
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

F1 Berpotensi Kembali ke Sepang Sebagai Perlumbaan Ganti Susulan Konflik Di Timur Tengah
Tirai Sukan Komanwel Glasgow 2026 Dibuka Secara Rasmi, 59 Atlet Galas Cabaran Malaysia
CelcomDigi Raikan 20 Juta Pelanggan Menerusi Mega Gegar 20 Juta – Hadiah RM20 Juta Menanti!
Japan Expo Malaysia 2026 Satukan Budaya, Pelancongan Dan Hiburan Jepun Di KLCC
Run For Tigers 2026: Sertai Larian 5KM dan 10KM Sambil Membantu Usaha Pemuliharaan Harimau Malaya
Jalan Raja Ditutup Hampir Seminggu, Ini Senarai Jalan Yang Terlibat Sempena Citrawarna 2026