CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad memaklumkan bahawa penyelenggaraan berjadual bagi perkhidmatan kad debit akan dijalankan pada 18 Julai 2026 (Sabtu), bermula 12:00 tengah malam hingga 5:00 pagi.
Menurut notis rasmi yang dikeluarkan oleh CIMB, sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut, semua transaksi menggunakan Kad Debit CIMB tidak akan dapat dilakukan. Ini termasuk pembelian di premis melalui terminal pembayaran serta transaksi dalam talian menggunakan kad debit.
Sehubungan itu, pengguna yang bercadang untuk membeli-belah, mengisi minyak atau membuat sebarang pembayaran pada lewat malam Jumaat hingga awal pagi Sabtu disarankan supaya merancang transaksi lebih awal.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pelanggan juga digalakkan untuk menyediakan kaedah pembayaran alternatif seperti wang tunai, kad kredit atau e-dompet bagi mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang tempoh gangguan.
Perkhidmatan Kad Debit CIMB dijangka kembali beroperasi seperti biasa selepas 5:00 pagi pada hari yang sama. Pengguna turut dinasihatkan untuk mengikuti saluran rasmi CIMB sekiranya terdapat sebarang perubahan atau maklumat lanjut mengenai penyelenggaraan tersebut.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Netflix Naikkan Harga Langganan di Malaysia, Kini RM19.90 hingga RM69.90 Sebulan
Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Permohonan Sukarelawan Formula 1 di Sepang Dibuka dengan 500 Kekosongan untuk Diisi
Program AI Untuk Rakyat Bakal Perkasa 100,000 Belia dengan Akses Teknologi AI Percuma
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA