Peminat bola sepak di Malaysia yang ingin merasai kemeriahan perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 secara beramai-ramai kini mempunyai pilihan menarik. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menganjurkan Tayangan Skrin Besar Final Piala Dunia FIFA 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil, dengan kemasukan percuma kepada orang ramai.
Program ini memberi peluang kepada penyokong untuk menyaksikan aksi kemuncak kejohanan dalam suasana seperti fan zone, lengkap dengan skrin LED gergasi serta pelbagai aktiviti sampingan sepanjang malam.
Tayangan Skrin Besar Final Piala Dunia FIFA 2026
Acara akan berlangsung mengikut ketetapan berikut:
- Tarikh: 19 – 20 Julai 2026 (Ahad – Isnin)
- Masa: 10.30 malam hingga 6.00 pagi
- Lokasi: Unifi Arena, Bukit Jalil
- Kemasukan: Percuma
Menurut penganjur, tayangan akan menggunakan skrin LED bersaiz 18 meter × 8 meter di dalam arena tertutup, sekali gus membolehkan pengunjung menikmati siaran dalam suasana yang lebih selesa tanpa perlu bergantung kepada cuaca.
Acara dijangka bermula lebih awal sebelum sepak mula perlawanan akhir bagi memberi ruang kepada pengunjung menyertai pelbagai aktiviti yang telah disediakan.
Pelbagai Aktiviti Menarik Menanti Pengunjung
Selain menyaksikan aksi final Piala Dunia FIFA 2026 di skrin gergasi, pengunjung juga boleh menikmati beberapa aktiviti sepanjang malam, antaranya:
- Aktiviti “Mari Mencuba Sukan”
- Food truck dengan pelbagai pilihan makanan dan minuma
- Cabutan bertuah yang menawarkan hadiah istimewa
- Pelbagai aktiviti sampingan dan hiburan sebelum perlawanan bermula
Ini menjadikan program tersebut bukan sekadar lokasi untuk menonton bola sepak, malah sebagai acara komuniti yang sesuai dihadiri bersama keluarga dan rakan-rakan.
Dianjurkan Oleh Beberapa Agensi
Program Tayangan Skrin Besar Final Piala Dunia FIFA 2026 ini merupakan hasil kerjasama beberapa agensi, iaitu:
- Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
- Perbadanan Stadium Malaysia
- Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Pejabat Ahli Parlimen Seputeh
- Pejabat DBKL Cawangan Seputeh
- Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Zon Seputeh
Walaupun kemasukan adalah percuma, anda digalakkan membuat pendaftaran lebih awal bagi memudahkan urusan kemasukan serta membantu pihak penganjur mengurus kapasiti pengunjung.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai kemeriahan final Piala Dunia FIFA 2026 bersama ribuan peminat bola sepak lain di Bukit Jalil. Daftar lebih awal dan hadir bersama keluarga atau rakan-rakan untuk menikmati malam bola sepak yang penuh meriah.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Selangor Umum Cuti Peristiwa 1 September Sempena Kejayaan Juara Keseluruhan SUKMA 2026
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian
ART KL 2026: Karya Seni Generasi Baharu Asia Tenggara Bakal Warnai APW Bangsar Oktober Ini
HONOR Bawa Robot Humanoid ke Malaysia, Bakal Sertai Malaysia Marathon dan Perarakan Hari Kebangsaan
MPL Malaysia Musim 18 Kini Bermula, 8 Pasukan Rebut Kejuaraan dan Slot ke Kejohanan Dunia M8
Munchy’s Sambut Ulang Tahun Ke-35 dengan Sumbangan Produk RM500,000 Sempena HKHM 2026