OpenAI secara rasmi mengesahkan penamatan ChatGPT Atlas, pelayar web (web browser) berasaskan AI yang dilancarkan Oktober tahun lalu. Pengumuman dibuat sempena pelancaran ChatGPT Work dan model GPT 5.6.
James Sun, eksekutif OpenAI yang mengetuai projek pelayaran syarikat, mengesahkan perkembangan ini menerusi platform X.

Sumber: James Sun/X.com
Ciri agentic browsing yang diuji pada Atlas akan diagihkan semula ke dua produk baharu. Pertama, extension ChatGPT untuk Chrome yang membolehkan pengguna bertanya soalan tentang halaman web, meringkaskan kandungan, dan memulakan tugasan dari bar sisi (sidebar) pelayar.
Kedua, apl desktop ChatGPT yang dipertingkat dengan pelayar terbina dalam. Pengguna boleh melayari laman web, log masuk akaun, muat turun fail, dan berinteraksi dengan halaman web tanpa keluar daripada ChatGPT. Turut disertakan pelayar awan (cloud browser) berasingan di pelayan OpenAI, membolehkan agen AI menyelesaikan tugasan bagi pihak pengguna secara autonomi.
Atlas dijangka dihentikan sepenuhnya pada 9 Ogos 2026 dengan OpenAI akan berkongsi maklumat lanjut mengenai proses peralihan menerusi notifikasi dalam apl dan e-mel dalam masa terdekat.
Penamatan ini diumumkan sembilan bulan selepas pelancaran Atlas untuk pengguna Mac. Ia menyusuli arahan Ketua Pegawai Eksekutif Aplikasi OpenAI, Fidji Simo, yang sebelum ini menggesa pasukan mengurangkan projek sampingan, di mana arahan tersebut turut membawa kepada penutupan Sora awal tahun ini.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

Netflix Naikkan Harga Langganan di Malaysia, Kini RM19.90 hingga RM69.90 Sebulan
Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
HUAWEI MatePad Air Tiba di Malaysia, Gabungkan Produktiviti AI dan Kreativiti dalam Rekaan Nipis
Google Bawa Lyria 3.5 ke Gemini, Kini Boleh Cipta Lagu AI Terus dalam Aplikasi
vivo V80 Lite 5G Kini di Malaysia dengan Bateri 10,000mAh dan Paparan 6.83 Inci, Bermula RM1,499
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter