Cuaca di Malaysia sekarang semakin sukar diramal. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) kerap mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat berterusan, terutamanya di kawasan Lembah Klang. Bagi anda yang perlu keluar bekerja, situasi ini membawa risiko bencana mengejut seperti banjir kilat.
Sistem perparitan di bandar sering gagal menampung aliran air mendadak, menyebabkan air melimpah ke jalan raya dalam masa kurang daripada satu jam. Sebelum nasi menjadi bubur, ini 3 tindakan pantas yang wajib anda lakukan:
3 Langkah Pantas Elak Kereta Tenggelam
- Semak Laluan di Waze/Google Maps: Sebelum bergerak pulang dari pejabat ketika hujan lebat, semak keadaan trafik semasa. Elakkan meredah laluan rendah yang direkodkan sebagai hot-spot banjir kilat.
- Alih Kenderaan ke Parkir Bertingkat: Jika kawasan sekitar anda menunjukkan tanda-tangan air mula melimpah, segera alihkan kenderaan ke tempat tinggi. Kos bayar parkir bertingkat jauh lebih murah berbanding kos membaiki enjin yang total loss.
- Semak Perlindungan Special Perils: Buka aplikasi insurans kenderaan anda sekarang. Pastikan anda telah menambah perlindungan bencana alam (Special Perils). Jangan lari daripada tanggungjawab ini kerana insurans komprehensif biasa tidak akan menanggung kerosakan akibat banjir.
Keselamatan nyawa dan harta benda anda adalah keutamaan paling tinggi. Sila kongsi artikel ini dengan ahli keluarga dan rakan sekerja anda agar semua pihak lebih bersedia menghadapi cuaca ekstrem ini.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

Selangor Umum Cuti Peristiwa 1 September Sempena Kejayaan Juara Keseluruhan SUKMA 2026
Fi Life Henti Jualan Polisi Insurans Baharu Mulai 26 Ogos 2026, Pemegang Polisi Sedia Ada Tidak Terjejas
Super El Nino Berpotensi Melanda Malaysia, Ini Fakta Terkini dan Tip Hadapi Cuaca Panas
Harga Minyak 20–26 Ogos 2026: RON97, RON95 dan Diesel Naik Sehingga 20 Sen Seliter
Instagram Perkenal Logo Teks Baharu Selepas Lebih Sedekad, Cetus Pelbagai Reaksi Pengguna
Harga Minyak 13–19 Ogos 2026: RON97 Turun 20 Sen, RON95 Turun 15 Sen dan Diesel Turun 10 Sen