Sony Interactive Entertainment (SIE) mengumumkan bahawa penerbitan cakera fizikal untuk semua permainan baharu PlayStation akan dihentikan bermula Januari 2028. Selepas tarikh tersebut, semua permainan baharu hanya akan dijual dalam format digital melalui PlayStation Store atau kod digital yang dijual oleh peruncit.
Menurut Sony menerusi pengumuman di blog rasmi PlayStation, keputusan ini dibuat selepas melihat perubahan corak pembelian pengguna, apabila semakin ramai pemain memilih untuk membeli permainan secara digital berbanding cakera fizikal. Malah, sekitar 80% jualan penuh permainan PlayStation bagi tahun fiskal 2025 direkodkan dalam format digital.
Sony turut menjelaskan bahawa perubahan ini hanya melibatkan permainan baharu yang dilancarkan mulai Januari 2028. Semua permainan yang telah diterbitkan atau dijadualkan dilancarkan sebelum tarikh tersebut masih akan terus tersedia dalam versi cakera fizikal. Pengguna juga masih boleh membeli permainan baharu di kedai fizikal, namun dalam bentuk kod muat turun atau format digital yang setara.

Pengumuman ini hadir hanya beberapa hari selepas Rockstar Games mengesahkan bahawa Grand Theft Auto VI (GTA IV) turut akan dilancarkan tanpa versi cakera fizikal. Perkembangan itu menguatkan lagi petanda bahawa industri permainan video kini semakin bergerak ke arah pengedaran digital sepenuhnya.
Peralihan ini boleh mengurangkan kos penerbitan dan mempercepat pelancaran global, namun ia juga menimbulkan kebimbangan bagi pemain yang masih menghargai koleksi fizikal, jualan semula dan perkongsian cakera. Selain itu, pemain juga perlu menyediakan ruang storan yang lebih besar kerana semua permainan perlu dimuat turun terus ke konsol.
Keputusan Sony ini menandakan berakhirnya satu era bagi permainan PlayStation dalam format cakera fizikal. Walaupun perubahan tersebut hanya akan berkuat kuasa pada 2028, ia menunjukkan dengan jelas bahawa masa depan industri permainan video semakin tertumpu kepada ekosistem digital.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Netflix Naikkan Harga Langganan di Malaysia, Kini RM19.90 hingga RM69.90 Sebulan
Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
HUAWEI MatePad Air Tiba di Malaysia, Gabungkan Produktiviti AI dan Kreativiti dalam Rekaan Nipis
Google Bawa Lyria 3.5 ke Gemini, Kini Boleh Cipta Lagu AI Terus dalam Aplikasi
vivo V80 Lite 5G Kini di Malaysia dengan Bateri 10,000mAh dan Paparan 6.83 Inci, Bermula RM1,499
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter