Menu

Acer PM191QE: Monitor Mudah Alih 100Hz Seberat 1.13kg, Berharga RM469

Alyaa 1 week ago

Acer sekali lagi memperkenalkan monitor mudah alih terbaharu untuk pasaran Malaysia. Selepas melancarkan monitor mudah alih 24 inci dengan kadar segar semula (refresh rate) tinggi sebelum ini, jenama gergasi Taiwan ini kini membawa masuk Acer PM191QE, sebuah monitor mudah alih bersaiz 18.5 inci.

Acer PM191QE dilengkapi panel IPS dengan resolusi 1080p, disokong kadar segar semula sehingga 100Hz, masa tindak balas 7ms, liputan gamut warna sRGB sebanyak 99%, serta kecerahan puncak 250 nit. Monitor ini turut dilengkapi sepasang pembesar suara 3W, sudut pandangan 178°, serta sokongan HDR10 dan AdaptiveSync.

Dari segi sambungan I/O pula, Acer PM191QE hadir dengan dua port USB-C, satu input HDMI 2.0 dan audio out. Pengguna boleh menyambungkannya ke laptop hanya dengan satu kabel USB-C sahaja untuk kuasa dan video sekali gus. Beratnya juga ringan iaitu 1.13kg, lengkap dengan penyangga yang boleh dicondongkan (tiltable stand) serta sokongan pemasangan VESA untuk kegunaan di atas meja.

Selain itu, Acer turut memperkenalkan penyangga monitor mudah alih AH101, direka secara ergonomik dengan sokongan condong (tilt), putar (swivel) dan pelarasan ketinggian. Ia turut dilengkapi VESA mount 75 x 75mm dan 100 x 100mm, bersama antara muka bebenang 1/4-inci yang biasa terdapat pada kamera, monitor kecil dan pelbagai aksesori lain.

Acer PM191QE dan penyangga AH101 akan mula dijual dari 6 Julai di Acer eStore serta peruncit sah Acer di seluruh negara. Harga asal masing-masing ialah RM469 dan RM99. Namun, dari 6 hingga 12 Julai, peminat boleh membeli PM191QE pada harga tawaran awal RM369, dengan tawaran belian bersama (purchase-with-purchase) untuk AH101 pada harga RM59 sahaja, tertakluk kepada baki stok.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –