Pos Malaysia Run kembali untuk edisi ketiga pada 29 November 2026 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, membawa semula semangat “Jom Laju For Fun!” kepada komuniti pelari tempatan.
Sejak diperkenalkan pada 2024, acara ini terus berkembang sebagai antara larian komuniti yang dinantikan di ibu kota. Bukan sahaja untuk pelari aktif, Pos Malaysia Run juga sesuai untuk mereka yang mahu menyertai aktiviti sihat bersama keluarga, rakan-rakan atau rakan sekerja dalam suasana yang lebih santai dan menyeronokkan.
Apa Yang Baharu Tahun Ini?
Untuk edisi 2026, Pos Malaysia Run memperkenalkan kategori 21KM buat pertama kali. Kategori ini dibuka kepada peserta lelaki dan wanita dalam dua kumpulan umur, iaitu Open (Terbuka) bagi umur 18 hingga 39 tahun dan Veteran bagi umur 40 tahun ke atas.
Kategori baharu ini melengkapkan pilihan sedia ada, termasuk 10KM dan 5.5KM Fun Run. Dengan pilihan jarak yang lebih pelbagai, acara ini sesuai untuk pelbagai peringkat peserta, daripada kanak-kanak berusia 5 tahun dan pelari kasual, sehinggalah mereka yang mahu mencabar diri dengan jarak lebih jauh.
Acara akan bermula seawal 4:00 pagi dan berakhir pada 12:00 tengah hari.
Harga Pendaftaran Pos Malaysia Run 2026
|
Kategori |
Super Early Bird |
Early Bird |
Normal |
|---|---|---|---|
|
21KM (Terbuka & Veteran) |
RM118 |
RM128 |
RM138 |
|
10KM (Open & Veteran) |
RM88 |
RM98 |
RM108 |
|
5.5KM Fun Run (Individu) |
RM68 |
RM78 |
RM88 |
|
5.5KM Fun Run (Kumpulan 4 orang) |
RM248 |
RM268 |
RM288 |
Pendaftaran Super Early Bird berakhir pada 31 Mei 2026, diikuti Early Bird pada 30 Jun 2026. Pendaftaran Normal pula akan ditutup pada 20 September 2026.
Peserta digalakkan mendaftar lebih awal bagi menikmati harga lebih rendah dan mengelakkan kekecewaan, memandangkan slot adalah terhad.
Apa Yang Peserta Akan Terima?

Setiap peserta akan menerima hak penyertaan mengikut kategori yang dipilih. Antara item yang disediakan termasuk baju larian, bib larian, pingat penamat, e-sijil, minuman atau makanan ringan selepas larian, perlindungan insurans PA, peluang menyertai cabutan bertuah serta penghantaran kit larian.
Bagi peserta kategori 21KM dan 10KM, cip pemasa turut disediakan untuk merekodkan catatan masa larian. Selain itu, peserta 21KM juga akan menerima tuala penamat edisi khas, yang ditawarkan secara eksklusif untuk kategori tersebut.
Pingat Penamat Dengan Rekaan Unik

Salah satu tarikan Pos Malaysia Run 2026 ialah pingat penamat dengan rekaan baharu yang diinspirasikan daripada peti surat ikonik Fraser’s Hill milik Pos Malaysia.
Pingat ini dihasilkan menggunakan gabungan bahan plastik kitar semula dan logam, sekali gus membawa elemen kelestarian dalam rekaannya. Lebih menarik, pingat tersebut turut dilengkapi teknologi NFC, membolehkan peserta sentuh telefon pada bahagian belakang medal untuk melihat maklumat larian masing-masing.
Selain itu, angka poskod yang dipaparkan pada medal menjadikannya lebih peribadi dan sesuai dijadikan kenangan selepas tamat larian. Charm tambahan pula tersedia melalui Premium Package atau boleh dibeli pada hari acara.
Hadiah Wang Tunai Untuk Pemenang

Untuk peserta yang menyasarkan podium, kategori 21KM dan 10KM menawarkan hadiah wang tunai kepada lima tempat teratas bagi setiap kategori lelaki dan wanita.
Bermula dari Dataran Merdeka, lokasi bersejarah yang juga menempatkan penanda 0KM Kuala Lumpur, larian ini menawarkan pengalaman berlari di tengah-tengah bandar raya.
Sepanjang laluan, peserta berpeluang menyusuri beberapa mercu tanda ikonik Kuala Lumpur menjadikan Pos Malaysia Run bukan sekadar acara kecergasan, tetapi juga peluang untuk menikmati suasana ibu kota dari perspektif yang berbeza.
Pusat Pengambilan Kit

Bagi memudahkan peserta, pengambilan kit turut disediakan di beberapa lokasi Pos Malaysia terpilih dari 19 hingga 21 November 2026.
Waktu operasi mungkin berbeza mengikut lokasi, jadi peserta disarankan menyemak waktu penuh terlebih dahulu sebelum hadir untuk mengambil kit masing-masing.
Dengan gabungan kategori baharu, lokasi ikonik, medal unik dan suasana komuniti yang meriah, Pos Malaysia Run 2026 sesuai untuk mereka yang mahu mencabar diri, berseronok atau sekadar mengisi hujung minggu dengan aktiviti yang lebih sihat.
Pendaftaran adalah terhad dan akan ditutup sepenuhnya pada 20 September 2026 tanpa sebarang pengecualian.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Azeem Fahmi Sahkan Gelaran ‘Raja Pecut’ Asia B-23 Selepas Rangkul Emas 100m Di Ordos
Tayangan Skrin Besar Final Piala Dunia FIFA 2026 Di Unifi Arena – Masuk Percuma, Daftar Sekarang
National Training Week 2026 Buka Pendaftaran Kursus Percuma Untuk Semua Rakyat Malaysia
Samsung Galaxy Unpacked 2026 Sah Berlangsung 22 Julai, Daftar Awal Untuk Tebus Baucar RM120
HOMES Home Living Exhibition Kembali Ke KLCC 9-12 Julai Ini: Rebut Diskaun Lebih 630 Jenama!
Malaysia Di Commonwealth Games Glasgow 2026 — Tanpa Badminton & Squash, Siapa Harapan Kita Untuk Menang Pingat?