Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Astro bersetuju untuk memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan kandungan berkualiti terus dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia melalui pelbagai platform penyiaran. Susulan kerjasama ini, rancangan asal RTM untuk menamatkan penawaran salurannya di Astro bermula 1 Julai tidak akan diteruskan.
Melalui kerjasama tersebut, rakyat Malaysia akan terus dapat menonton saluran TV1, TV2 dan TV Okey menerusi platform Astro, NJOI dan Sooka. Selain itu, capaian kandungan RTM juga bakal diperluaskan dengan penambahan Berita RTM, Sukan+ serta rangkaian saluran radio RTM kepada pelanggan Astro dalam masa terdekat.
Kedua-dua pihak berpandangan bahawa landskap media massa masa kini memerlukan pendekatan yang lebih progresif dan berorientasikan masa hadapan, selaras dengan perubahan teknologi serta corak penggunaan media yang semakin berkembang.
Langkah ini turut mencerminkan komitmen RTM dan Astro dalam merancakkan pembangunan kandungan tempatan, memperkasa bakat kreatif negara serta menyumbang kepada pertumbuhan industri media yang lebih mampan dan berdaya saing. Kedua-dua organisasi juga berkongsi aspirasi untuk mewujudkan ekosistem media yang mesra pengguna, selain memberikan nilai terbaik kepada rakyat pada kos yang berpatutan dan tidak membebankan.
Nak dapatkan berita, maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

MyKad Baharu Mula Diedarkan, JPN Jelaskan Kad Lama Masih Sah Digunakan
Semua Pelan Prepaid Yes Kini Disertakan Akses ILMUchat Pro Percuma Bernilai RM50
GTA VI Kini Boleh Dipratempah di Malaysia, Harga Bermula RM339 Untuk Standard Edition
LG Subscribe Buka Cawangan Ke-130, Kini Rangkaian Langganan Peralatan Rumah Terbesar Di Malaysia
Unifi Sediakan 100,000 Pas Harian Percuma Setiap Hari Untuk Tonton Piala Dunia FIFA 2026
Astro Daebak Bakal Dilancar 1 Julai, Pakej Penstriman Baharu Tersedia Dari RM15 Sebulan