Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 akan berlangsung dari 27 September hingga 4 Oktober 2026. Perlumbaan berbasikal berprestij ini akan merentasi lapan negeri di Semenanjung Malaysia dengan jarak keseluruhan 1,258.5 kilometer.
Dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), edisi ke-30 ini turut mengekalkan Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai penganjur pelaksana.
Bersempena ulang tahun ke-30 penganjurannya, LTdL 2026 dijangka menjadi antara edisi paling mencabar dalam sejarah apabila buat pertama kalinya perlumbaan menampilkan tiga penamat di puncak bukit, menjanjikan saingan yang lebih sengit dalam perebutan jersi kuning.

Antara tarikan utama LTdL 2026 ialah pengenalan Gunung Jerai sebagai lokasi penamat buat julung kalinya dalam sejarah perlumbaan. Peringkat kedua dari Taiping ke Gunung Jerai dijangka menjadi antara peringkat yang paling dinantikan apabila para pelumba perlu mendaki dari aras laut sehingga hampir 1,000 meter.
Lebih menarik, edisi kali ini turut menghidupkan semula tradisi pendakian back-to-back, apabila dua penamat di kawasan tanah tinggi iaitu Cameron Highlands dan Genting Highlands dijadualkan berlangsung secara berturut-turut. Kali terakhir situasi sebegini berlaku ialah pada edisi 2001 dan 2011.
Peringkat keempat dari Tambun ke Cameron Highlands dijangka memberikan cabaran berbeza berbanding edisi terdahulu kerana para pelumba akan menggunakan laluan ke Tanah Rata yang lebih mencabar berbanding laluan Simpang Pulai yang sering digunakan sebelum ini.

Gambar: Le Tour de Langkawi/Facebook
Sementara itu, peringkat kelima dari Tapah ke Genting Highlands dijangka menjadi queen stage atau peringkat paling penting dalam menentukan kedudukan keseluruhan perlumbaan. Penamat di Genting Highlands menampilkan pendakian Hors Catégorie (HC), iaitu kategori pendakian tertinggi dalam sukan berbasikal dan sering menjadi medan utama yang menentukan juara keseluruhan.
Kesemua 20 pasukan yang dijemput daripada kategori WorldTeam, ProTeam, Continental Team serta pasukan kebangsaan telah mengesahkan penyertaan masing-masing.
Malaysia pula akan diwakili oleh tiga pasukan, iaitu:
- Terengganu Cycling Team (TSG)
- Malaysia Pro Cycling Team (MPC)
- Pasukan Kebangsaan Malaysia
Perlumbaan LTdL 2026 akan berakhir di Istana Kehakiman, Putrajaya pada 4 Oktober 2026 menerusi peringkat kelapan yang bermula di Muar dan melibatkan kayuhan sejauh 183.8 kilometer.
Gambar utama: Majlis Sukan Negara Malaysia/Facebook
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
BMAI Perkenal Kasut Larian GCARBON TURBO 4 di Malaysia, Gabungkan Plat Karbon T1000 dan Foam BoomMAX Evonik
Eco-Shop Himpunkan Hampir 300 Kanak-Kanak Menerusi Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kebangsaan
HOKA Luaskan Kehadiran di Malaysia dengan Kedai Baharu di Pavilion Kuala Lumpur
Permohonan Sukarelawan Formula 1 di Sepang Dibuka dengan 500 Kekosongan untuk Diisi
Spritzer Sparkling Lancar ‘Reset Rasa’ untuk Hidupkan Semula Pengalaman Menikmati Makanan