Festival Jom Malaysia x Pesta Kita Kuala Lumpur akan berlangsung di Pasar Seni, Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Jun 2026. Festival anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ini akan dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 11.30 malam sepanjang tiga hari penganjuran, dengan kemasukan percuma untuk semua pengunjung.
Antara aktiviti yang dijadualkan berlangsung termasuk promosi dan jualan produk jenama tempatan, permainan e-sukan, live streaming TikTok, gerai makanan dan minuman, persembahan budaya, busking serta pelbagai permainan tradisional.
Festival ini bukan sekadar tempat membeli-belah, tetapi turut menjadi ruang untuk pengunjung menyokong produk tempatan melalui kempen #JomBeliProdukMalaysia.

Gambar: KPDN Laman Rasmi/Facebook
Salah satu acara utama yang bakal berlangsung ialah Majlis Pelancaran Transformasi “Jom Beli Produk Malaysia”, yang akan disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali pada 27 Jun 2026, jam 8.00 malam di Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Pasar Seni terletak di kawasan tumpuan Kuala Lumpur dan mudah diakses menggunakan pengangkutan awam. Pengunjung boleh menggunakan MRT, LRT atau bas ke kawasan Pasar Seni sebelum berjalan kaki ke lokasi acara.
Dengan pelbagai pengisian, festival ini sesuai dikunjungi bersama keluarga atau rakan-rakan, sama ada untuk membeli-belah, mencuba makanan, menonton persembahan atau sekadar berjalan-jalan di kawasan Pasar Seni.

Gambar: KPDN Laman Rasmi/Facebook
Bagi peminat muzik tempatan, malam Sabtu dijangka menjadi antara waktu paling meriah sepanjang festival berlangsung.
Konsert Jom Malaysia akan menampilkan beberapa artis popular tanah air termasuk Akim, Stacy, Zaki Yamani, Thalita Shiub serta Cuncun & The Brothers. Konsert ini dijadualkan berlangsung pada 27 Jun 2026, dari jam 9.00 malam hingga 11.00 malam, dan boleh disaksikan secara percuma oleh semua pengunjung.
Untuk maklumat lanjut dan kemaskini terkini, ikuti media sosial rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup di Facebook KPDN Laman Rasmi.
Info Ringkas Festival
| Nama Acara | Festival Jom Malaysia x Pesta Kita Kuala Lumpur |
| Tarikh | 26 – 28 Jun 2026 (Jumaat – Ahad) |
| Waktu | 10.00 Pagi – 11.30 Malam |
| Lokasi | Pasar Seni (Central Market), Kuala Lumpur |
| Tiket Masuk | Percuma |
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Permohonan Sukarelawan Formula 1 di Sepang Dibuka dengan 500 Kekosongan untuk Diisi
Spritzer Sparkling Lancar ‘Reset Rasa’ untuk Hidupkan Semula Pengalaman Menikmati Makanan
ART KL 2026: Karya Seni Generasi Baharu Asia Tenggara Bakal Warnai APW Bangsar Oktober Ini
HONOR Bawa Robot Humanoid ke Malaysia, Bakal Sertai Malaysia Marathon dan Perarakan Hari Kebangsaan
MPL Malaysia Musim 18 Kini Bermula, 8 Pasukan Rebut Kejuaraan dan Slot ke Kejohanan Dunia M8
Munchy’s Sambut Ulang Tahun Ke-35 dengan Sumbangan Produk RM500,000 Sempena HKHM 2026