Telekom Malaysia (TM) menerusi Unifi TV kini membuka langganan Pas FIFA World Cup 2026 untuk peminat bola sepak di Malaysia yang mahu menonton kesemua perlawanan Piala Dunia tahun ini.
Pas ini menawarkan akses kepada semua 104 perlawanan secara langsung dalam kualiti HD, termasuk sorotan perlawanan dan tontonan semula. Untuk rekod, FIFA World Cup 2026 berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026 dan menjadi edisi pertama yang dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
Untuk pelanggan Unifi TV, Pas Musim ditawarkan pada harga RM50, manakala bukan pelanggan Unifi TV boleh melanggan pada harga RM60. Pas ini memberikan akses penuh sepanjang kejohanan, termasuk siaran langsung, sorotan dan tontonan semula.

Selain itu, pelanggan Pas Musim turut menerima akses kepada 73 saluran premium, merangkumi kandungan hiburan, filem dan sukan.
Bagi yang hanya mahu menonton perlawanan tertentu, Unifi turut menawarkan Pas Harian pada harga RM20. Pas ini lebih sesuai untuk mereka yang mungkin hanya mahu menonton perlawanan besar atau perlawanan melibatkan pasukan pilihan.
Siaran boleh ditonton menerusi aplikasi Unifi TV 2.0 di web, TV pintar, telefon pintar, tablet dan Unifi TV Box dengan tiga saluran khas Unifi FIFA World Cup 2026 turut disediakan.
Sebelum ini, RTM dan Unifi TV telah disahkan sebagai penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia. Unifi TV akan menyiarkan semua 104 perlawanan secara langsung, manakala RTM pula akan menyiarkan semua perlawanan sama ada secara langsung atau siaran tertunda menerusi TV digital MyTV, aplikasi RTM Klik dan laman MyGOV.
Bagi mereka yang berminat, maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman rasmi Unifi FIFA World Cup 2026.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

BMAI Perkenal Kasut Larian GCARBON TURBO 4 di Malaysia, Gabungkan Plat Karbon T1000 dan Foam BoomMAX Evonik
Netflix Naikkan Harga Langganan di Malaysia, Kini RM19.90 hingga RM69.90 Sebulan
Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
Google Bawa Lyria 3.5 ke Gemini, Kini Boleh Cipta Lagu AI Terus dalam Aplikasi
HOKA Luaskan Kehadiran di Malaysia dengan Kedai Baharu di Pavilion Kuala Lumpur
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter