Eco-Shop memperkenalkan koleksi terbaharunya yang diberi nama “QUBY Dah Tiba!”, hasil kerjasama dengan watak popular QUBY. Koleksi edisi terhad ini menawarkan lebih 45 produk eksklusif pada harga RM2.60 setiap satu di semua cawangan Eco-Shop seluruh negara.
Menggabungkan rekaan karakter QUBY yang comel dengan barangan kegunaan harian, koleksi ini sesuai untuk pelajar, keluarga, pengumpul serta peminat barangan berinspirasikan karakter.
Lebih 45 Produk Dalam Pelbagai Kategori

Melalui koleksi ini, pelanggan boleh mendapatkan pelbagai jenis barangan termasuk aksesori, alat tulis, keperluan harian, barangan penjagaan diri dan mainan.
Antara produk yang ditawarkan ialah:

Aksesori
- Quby Camera Keychain
- Quby Magic Cube Keychain
- Quby Mobile Phone Lanyard
Beg Kitar Semula
- Quby Recycle Bag
Mainan
- Quby x Eco-Shop Alloy Lorry (versi panjang dan pendek)

Barangan Penjagaan Diri
- Quby 3pcs Travel Bottle Kit
- Quby Extra Mini Pocket Tissue
- Quby Soft Pack Tissue
Alat Tulis
- Quby Assorted PVC Sticker
- Quby 8-in-1 Magnetic Bookmark
- Quby Matte Coin Bank
- Quby A4 Document Bag
- Quby Farm Series Jelly Sticker
Keperluan Harian
- Quby Ceramic Mug
- Quby Plastic Mug
- Quby Handheld Basket
- Quby Water Bottle
- Quby Lunch Box
- Quby Kids Straw Bottle
Kesemua produk ini dijual pada harga RM2.60 setiap satu di Semenanjung Malaysia, manakala harga di Sabah, Sarawak dan Langkawi adalah RM2.80.
Selain barangan harian, Eco-Shop turut mengumumkan pelancaran siri QUBY Blind Box yang menawarkan elemen kejutan kepada para pengumpul.
Setiap kotak akan mengandungi rekaan QUBY yang berbeza dengan tema berkaitan Eco-Shop.
Sertai Peraduan Cari QUBY
Bersempena pelancaran koleksi ini, Eco-Shop turut menganjurkan peraduan “Cari QUBY” di platform media sosial mereka.
Peserta berpeluang memenangi baucar Eco-Shop dengan mencari dan mengenal pasti karakter QUBY yang disembunyikan dalam kandungan promosi yang diterbitkan sepanjang tempoh kempen.
Bagi peminat QUBY atau mereka yang gemar mengumpul barangan edisi khas, ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkan pelbagai produk eksklusif pada harga yang cukup mesra poket.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads


BestPerfume.Store Kini di Malaysia, Tawar Wangian Berkepekatan 50% Pada Harga Mampu Milik
Taobao 618 Mid-Year Sale Bermula 21 Mei, Tawar Diskaun Hingga 15% dan Baucar Harian
MODURA Buka Galeri Pertama di Plaza Arkadia, Tawar Kabinet Premium Pada Harga Mampu Milik
ANKER Buka Butik Pertama Di Asia Tenggara Dengan Diskaun Pembukaan Sehingga 15%
MR D.I.Y. Lancar Koleksi Hadiah Istimewa Dengan Harga Bermula RM1.90
Promosi January Joy Siti Khadijah: Dapatkan Baucar RM50 Untuk Pembelian Kali Pertama