MODURA Buka Galeri Pertama di Plaza Arkadia, Tawar Kabinet Premium Pada Harga Mampu Milik
MODURA kini rasmi dilancarkan di Malaysia sebagai jenama gaya hidup baharu yang menawarkan penyelesaian kabinet dapur dan kediaman moden pada harga lebih mampu milik.
Diperkenalkan oleh Dee Noon Corporation, MODURA hadir untuk merapatkan jurang antara kabinet mampu milik yang terlalu asas dengan kabinet tersuai premium yang biasanya memerlukan bajet lebih besar. Melalui model terus dari kilang, jenama ini menawarkan kemasan bertaraf eksport, reka bentuk kontemporari serta proses renovasi yang lebih tersusun kepada pemilik rumah di Malaysia.
Kabinet Modular Dengan Proses Lebih Mudah

MODURA menawarkan sistem rumah modular yang menggabungkan standard pembuatan eksport, bahan selamat, estetika moden dan harga yang lebih kompetitif. Ia disasarkan kepada pemilik rumah yang mahukan ruang kediaman lebih kemas, praktikal dan tahan lama tanpa perlu berbelanja terlalu tinggi untuk kabinet premium.
Antara tarikan utama MODURA ialah penggunaan ekosistem digital bersepadu hasil kerjasama Foundryx, Coohom dan HOMAG. Melalui sistem ini, pelanggan boleh mendapatkan visualisasi 3D fotorealistik serta sebut harga yang lebih jelas sebelum reka bentuk diluluskan untuk pengeluaran.
Pendekatan ini membantu mengurangkan risiko salah faham, kelewatan dan ketidakpastian kos yang sering berlaku dalam proses renovasi rumah.
Tempoh Penyiapan Seawal 21 Hari

Bergantung kepada skop projek, MODURA menawarkan tempoh penyiapan standard seawal 21 hari. Jenama ini turut menggunakan bahan gred E0 yang mempunyai kadar pelepasan formaldehid sangat rendah, sekali gus membantu mewujudkan persekitaran dalaman yang lebih selesa selepas pemasangan.
Bersempena pelancarannya, MODURA turut membuka galeri pengalaman pertama di Plaza Arkadia, Desa ParkCity. Galeri berkeluasan kira-kira 4,000 kaki persegi itu membolehkan pelanggan melihat sendiri susun atur, kemasan dan kualiti bahan yang ditawarkan.
MODURA kini menyasarkan untuk mengukuhkan kehadirannya di seluruh Malaysia sebelum berkembang ke pasaran Asia Tenggara dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
