Rakyat Malaysia kini mempunyai pilihan pasport dengan tempoh sah laku lebih panjang selepas kerajaan memperkenalkan pasport Malaysia 10 tahun pada harga RM350.
Perkara itu dimaklumkan menerusi pewartaan Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2026, yang mula berkuat kuasa pada 3 Jun 2026.
Sebelum ini, pasport Malaysia hanya ditawarkan dengan tempoh sah laku lima tahun.
Berapa Harga Pasport 10 Tahun?
Kadar fi yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- 18 – 59 tahun: RM350
- 60 tahun ke atas: RM175
- OKU berdaftar (18 tahun ke atas): Percuma
- Pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen: Percuma
Walaupun struktur fi baharu telah berkuat kuasa, Jabatan Imigresen Malaysia masih belum mengumumkan bila orang ramai boleh mula memohon pasport 10 tahun tersebut.
Caj Jika Pasport Hilang atau Rosak
Bagi mereka yang perlu menggantikan pasport 10 tahun yang hilang atau rosak, fi yang dikenakan adalah lebih tinggi.
1. 18 hingga 59 tahun
- Gantian pertama: RM550
- Gantian kedua: RM850
- Gantian ketiga dan seterusnya: RM1,350
2. 60 tahun ke atas
- Gantian pertama: RM375
- Gantian kedua: RM675
- Gantian ketiga dan seterusnya: RM1,175
3. OKU berdaftar (18 tahun ke atas) serta pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen
- Gantian pertama: RM200
- Gantian kedua: RM500
- Gantian ketiga dan seterusnya: RM1,000
Tidak Semua Kategori Layak
Pasport 10 tahun hanya ditawarkan kepada individu berumur 18 tahun ke atas.
Bagi kanak-kanak, pelajar yang mengikuti program ijazah di luar negara, jemaah haji serta individu OKU bawah 18 tahun, pasport lima tahun masih digunakan seperti biasa.
Dengan tempoh sah laku yang lebih panjang, rakyat Malaysia yang kerap melancong atau mempunyai urusan luar negara tidak lagi perlu memperbaharui pasport dengan begitu kerap, sekali gus menjimatkan masa dan kos dalam jangka panjang.
Dalam perkembangan berkaitan, pelancaran pasport baharu dengan ciri keselamatan tambahan yang sepatutnya bermula pada 1 Jun 2026 telah ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak. Pasport sedia ada dengan 49 ciri keselamatan masih sah digunakan sehingga tamat tempoh.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Permohonan Sukarelawan Formula 1 di Sepang Dibuka dengan 500 Kekosongan untuk Diisi
Program AI Untuk Rakyat Bakal Perkasa 100,000 Belia dengan Akses Teknologi AI Percuma
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
Harga Minyak 27 Ogos–2 Sept 2026: RON97, RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen
TikTok Shop Kenakan SST 6% untuk Caj Penghantaran Penjual Bermula September