Let’s Travel Decathlon 2026: 5 Tawaran Menarik Untuk Aktiviti Sukan dan Rekreasi
Kempen Let’s Travel Decathlon Malaysia kini kembali memeriahkan komuniti aktif tempatan sehingga 21 Jun 2026 dengan tawaran harga yang sangat menarik. Sama ada anda sedang membina rutin kecergasan harian, berlatih bagi persiapan perlumbaan, mahupun merancang kembara hujung minggu, pemilihan kelengkapan larian dan rekreasi yang tepat mampu melonjakkan prestasi anda tanpa membocorkan poket.
Siri promosi kali ini membariskan pelbagai tawaran Flash Sales dan Bundle Deal khas untuk peminat gaya hidup aktif di Malaysia. Daripada keperluan sukan dan riadah hinggalah kelengkapan rekreasi keluarga, semuanya dihimpunkan dalam satu kempen yang dinamik.
5 Pilihan Menarik Bagi Kempen Let’s Travel
1. Kipsta Football Training Ball (Bundle Deal)

Bagi peminat tegar bola sepak yang ingin mengasah bakat atau bermain secara santai, bola latihan Kipsta saiz 3, 4, dan 5 ini hadir dengan promosi Bundle Deal serendah RM49 untuk 2 biji (harga asal RM29 sebiji). Ianya merupakan pilihan ideal untuk kegunaan kelab komuniti atau latihan persendirian.
2. Beg Galas Quechua BP 10L Arpenaz 100 (Bundle Deal)

Dengan rekaan yang kecil dan ringan, beg galas Quechua ini sesuai untuk pelari denai (trail running) kasual mahupun pengembara bandar. Melalui kempen ini, anda boleh mendapatkan 2 unit pada harga RM35 sahaja (harga asal RM19 seunit). Ianya sesuai digunakan sebagai beg hidrasi ringkas untuk membawa minuman dan keperluan peribadi.
3. Quechua Compact Trolley (Flash Sales)

Untuk anda yang sering menghadapi masalah bagi memunggah barang perkhemahan ke tapak khemah, troli kompak ini menerima potongan Flash Sales besar-besaran, menjadikan harganya turun daripada RM299 kepada RM199 sahaja. Strukturnya yang boleh dilipat boleh menjimatkan ruang di dalam kereta dan mudah dibawa kemana-mana.
4. Kids’ 3-Wheeled Scooter B500 (Flash Sales)

Memupuk minat bersukan dalam kalangan kanak-kanak kini lebih mampu milik. Skuter roda tiga model B500 yang stabil ini ditawarkan pada harga runtuh RM149 (Harga asal RM179). Ianya sesuai digunakan di hadapan rumah atau boleh juga dibawa ke taman rekreasi semasa hujung minggu.
5. Women’s FTI 520 Bootcut Pants (Flash Sales)

Keselesaan maksimum adalah kunci utama ketika fasa pemulihan otot (recovery) selepas sukan endurance. Seluar potongan bootcut wanita ini menawarkan regangan fleksibel yang dijual pada harga promosi RM79 (Harga asal RM99).
Selain lima pilihan di atas, kempen Let’s Travel Decathlon Malaysia turut menampilkan lebih banyak tawaran lain untuk keperluan sukan, pelancongan, rekreasi keluarga dan aktiviti outdoor.
Perlu diingat, harga dan stok adalah tertakluk kepada perubahan, jadi kalau anda berminat, cepat ke laman rasmi Decathlon Malaysia atau ke cawangan terdekat untuk mendapatkan barangan pilihan anda.
Untuk lihat lebih banyak tawaran menarik dari Decathlon Malaysia, layari laman web rasmi mereka sekarang!
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads
