TM ISTAF Sepaktakraw World Cup 2026: Aksi Pasukan Bertaraf Dunia dan Fiesta Rasa Meriahkan Kuala Lumpur Mei Ini
Kuala Lumpur sekali lagi menjadi tumpuan peminat sepak takraw antarabangsa apabila TM ISTAF Sepaktakraw World Cup 2026 bakal berlangsung dari 16 hingga 23 Mei 2026 di Stadium Titiwangsa.
Kejohanan berprestij ini mengembalikan Sepaktakraw World Cup ke Malaysia, sekali gus mengangkat semula peranan negara sebagai antara pusat penting dalam perkembangan sukan sepak takraw di peringkat dunia.
Dianjurkan dengan pengiktirafan International Sepaktakraw Federation (ISTAF) dan dihoskan oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), kejohanan ini akan menghimpunkan negara-negara terbaik dunia untuk bersaing dalam aksi sepak takraw bertaraf elit.
Stadium Titiwangsa Jadi Venue Utama TM ISTAF Sepaktakraw World Cup 2026

TM ISTAF Sepaktakraw World Cup 2026 akan diadakan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, sebuah venue yang cukup sinonim dengan sejarah dan perkembangan sepak takraw negara.
Stadium ini sering dianggap sebagai antara gelanggang ikonik bagi sukan sepak takraw di Malaysia. Kembalinya kejohanan dunia ini ke venue tersebut boleh dilihat sebagai satu bentuk “homecoming” untuk sukan yang sangat dekat dengan identiti sukan tempatan.
Untuk edisi kali ini, TM ISTAF Sepaktakraw World Cup 2026 akan menampilkan tiga acara utama dalam kategori Premier, iaitu regu berpasukan, regu dan kuadran.
Bagaimanapun, saingan Divisyen 1 terpaksa dibatalkan selepas 10 daripada 12 pasukan yang sepatutnya bertanding menarik diri susulan krisis di Asia Barat. Antara negara yang menarik diri termasuk Bangladesh, Sri Lanka, Nepal, Kanada, Poland, Perancis, Amerika Syarikat, Timor-Leste, Arab Saudi dan Oman.
Kedudukan Malaysia Dalam Kumpulan
Untuk edisi kali ini, Malaysia telah diundi dalam beberapa kumpulan berbeza mengikut acara yang dipertandingkan.
Dalam acara berpasukan, Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama India dan Myanmar. Untuk acara regu pula, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama Jepun dan Singapura, manakala bagi acara kuadran, skuad negara berada dalam Kumpulan C bersama India, Singapura dan Korea Selatan.
Dengan status sebagai tuan rumah dan barisan pemain yang sudah mempunyai pengalaman di pentas antarabangsa, tumpuan pastinya terarah kepada kemampuan Malaysia untuk mencabar kejuaraan di hadapan penyokong sendiri.
Senarai Skuad Malaysia Untuk ISTAF Sepak Takraw World Cup 2026
1. Regu Berpasukan

Tekong
- Syahir Rosdi
- Haziq Hairul Nizam
- Zarif Marican Ibrahim Marican
- Zulkifli Razak
Killer
- Azlan Alias
- Noraizat Nordin
- Afifuddin Razali
- Hafizul Hayazi Adnan
Feeder
- Farhan Adam
- Amirul Zazwan Amir
- Aidil Aiman Azwawi
- Zuleffendi Sumari
2. Regu

Tekong
- Syahir Rosdi
- Haziq Hairul Nizam
Killer
- Azlan Alias
- Noraizat Nordin
Feeder
- Farhan Adam
3. Kuadran

Killer
- Afifuddin Razali
- Shahalril Aiman Halim
- Fetri Azwadi
Feeder
- Amirul Zazwan Amir
- Aidil Aiman Azwawi
- Jefri Ahmad
Fiesta Rasa Kuala Lumpur 2026 Meriahkan Kawasan Stadium

Selain aksi sepak takraw bertaraf dunia, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti sampingan menerusi Fiesta Rasa Kuala Lumpur 2026 yang berlangsung di sekitar Stadium Titiwangsa sepanjang tempoh kejohanan.
Festival ini akan berlangsung selama 8 hari, dari 16 hingga 23 Mei 2026, dengan pelbagai pengisian harian seperti sukan rakyat, pertandingan silat, aktiviti keluarga dan kanak-kanak, persembahan budaya, pertandingan busana, serta banyak lagi.
Bagi pengunjung yang mahu menikmati suasana lebih santai, festival ini turut menawarkan hiburan pentas seperti konsert mini, battle of the band, pertandingan karaoke, persembahan influencer dan magic show .
Dari sudut makanan pula, Fiesta Rasa Kuala Lumpur 2026 akan menampilkan makanan antarabangsa, street food, vendor tempatan, produk usahawan tempatan serta promosi makanan dan minuman sepanjang acara berlangsung.
Antara aktiviti lain yang turut disediakan termasuk kuiz World Cup, cabutan bertuah, sesi bersama ikon dan legenda sepak takraw, pengenalan pemain, sesi autograf, skill challenge, freestyle showcase serta tayangan perlawanan secara langsung menerusi skrin besar.
Waktu Dan Lokasi Acara
TM ISTAF Sepaktakraw World Cup 2026 dan aktiviti Fiesta Rasa Kuala Lumpur 2026 akan berlangsung di:
Lokasi: Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur
Tarikh: 16 hingga 23 Mei 2026
Masa festival: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam
Dengan gabungan aksi sukan, makanan, budaya dan hiburan, acara ini sesuai dikunjungi bukan sahaja oleh peminat sepak takraw, tetapi juga keluarga yang mahu menikmati suasana festival di Kuala Lumpur.
Tiket TM ISTAF Sepaktakraw World Cup 2026

Bagi orang ramai yang mahu menyaksikan kejohanan ini secara langsung, tiket boleh dibeli menerusi laman TicketHotline. Harga tiket dewasa bermula RM10, manakala tiket kanak-kanak bermula RM5.
Harga tiket dewasa
- Peringkat Kumpulan hingga Suku Akhir: RM10
- Separuh Akhir: RM15
- Akhir: RM20
- Season Pass: RM100
Ayuh dapatkan tiket anda dan rasai sendiri kemeriahan TM ISTAF Sepaktakraw World Cup 2026 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
