May 1, 2026

Coway Run 2026 Sambut Edisi Ke-10, Tiket Super Early Bird Bermula RM49 Untuk 24 Jam Sahaja

coway-run-2026

Coway Run kembali lagi dengan edisi yang lebih istimewa sempena ulang tahun penganjurannya yang ke-10. Untuk tahun 2026, acara larian tahunan anjuran Coway Malaysia ini akan berlangsung pada 27 September 2026 bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Membawa tema “Forward Without Limits”, Coway Run 2026 bukan sekadar meraikan satu dekad penganjuran acara, tetapi turut membawa mesej tentang kemajuan, ketahanan dan semangat untuk terus bergerak ke hadapan tanpa batasan.

Edisi Ke-10 Dengan Kategori 30KM Istimewa

Bagi meraikan edisi ke-10 ini, Coway Run 2026 tampil dengan kelainan apabila kategori 21KM yang biasa ditawarkan sebelum ini digantikan dengan kategori baharu iaitu 30KM, khusus untuk tahun 2026.

Menurut Coway Malaysia, perubahan ini bukan sekadar penambahan jarak, tetapi selari dengan tema tahun ini yang mengajak rakyat Malaysia untuk mencabar kemampuan diri dan melangkah lebih jauh daripada kebiasaan.

Selain kategori 30KM, Coway Run 2026 turut menawarkan beberapa pilihan jarak lain bagi menyesuaikan penyertaan daripada pelbagai peringkat peserta, termasuk pelari berpengalaman, pelari kasual dan keluarga.

Antara kategori yang ditawarkan adalah:

  • 30KM
  • 10KM
  • 5KM Fun Run untuk dewasa
  • 5KM untuk kanak-kanak

Dengan pilihan kategori ini, Coway Run 2026 bukan sahaja untuk mereka yang mahu mengejar rekod peribadi, tetapi juga untuk peserta yang mahu menikmati pengalaman larian bersama keluarga dan komuniti.

Harga Tiket Coway Run 2026

Untuk Coway Run 2026, harga tiket ditawarkan mengikut tiga fasa jualan iaitu 24-Hour Launch, 72-Hour Launch dan General Sale. Harga yang dipaparkan adalah tidak termasuk caj tiket.

1. 24-Hour Launch — 1 Mei 2026

  • 5KM Adults: RM49
  • 5KM Kids: RM49
  • 10KM: RM59
  • 30KM: RM89

2. 72-Hour Launch — 2 hingga 4 Mei 2026

  • 5KM Adults: RM55
  • 5KM Kids: RM55
  • 10KM: RM70
  • 30KM: RM100

3. General Sale — 5 Mei hingga 31 Ogos 2026

  • 5KM Adults: RM69
  • 5KM Kids: RM60
  • 10KM: RM85
  • 30KM: RM115

Melalui tawaran 24-Hour Launch ini, peserta boleh mendapatkan tiket pada harga paling rendah, termasuk kategori 5KM serendah RM49, 10KM pada RM59 dan 30KM pada RM89 untuk tempoh satu hari sahaja.

Race Village Dengan Aktiviti Menarik

Selain acara larian utama, Coway Run 2026 juga akan menampilkan race village yang meriah dengan pelbagai aktiviti menarik. Peserta dan pengunjung boleh menjangkakan kehadiran booth permainan interaktif, aktiviti santai serta pengalaman menarik sepanjang acara berlangsung.

Dengan gabungan lokasi ikonik di Stadium Merdeka, kategori larian yang lebih mencabar dan elemen komuniti yang kuat, Coway Run 2026 dijangka menjadi antara acara larian yang menarik untuk disertai pada tahun ini.

Untuk maklumat lanjut tentang acara dan pendaftaran, layari laman web rasmi Coway atau ikuti mereka di Facebook Coway Malaysia.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads