April 18, 2026

CelcomDigi Perkenal Pas Perantauan Haji Dengan Internet Tanpa Had Pada Harga RM148

pas-perantauan-haji

CelcomDigi memperkenalkan 50-Day Unlimited Hajj Roaming Pass, iaitu pelan roaming khas untuk kegunaan sepanjang tempoh haji. Bagi bakal jemaah tahun ini, pelan ini memudahkan mereka untuk terus berhubung dengan keluarga di Malaysia ketika berada di Arab Saudi.

Ditawarkan sehingga 30 Jun 2026 pada harga RM148, pas ini menyediakan sambungan internet yang stabil sepanjang tempoh berada di tanah suci.

Internet Tanpa Had 50 Hari Dengan 150GB Kelajuan Tinggi

Pelan ini hadir dengan akses internet tanpa had untuk tempoh 50 hari. Namun begitu, ia tertakluk kepada polisi penggunaan saksama (FUP) sebanyak 150GB data berkelajuan tinggi.

Selepas kuota tersebut digunakan sepenuhnya, kelajuan internet akan diperlahankan kepada 1Mbps, yang masih memadai untuk kegunaan asas seperti WhatsApp, navigasi dan komunikasi harian.

Selain itu, pelan ini turut disertakan dengan:

  • 30 minit panggilan suara (Malaysia ↔ Arab Saudi)
  • Roaming dalam penerbangan percuma (terpilih, melalui AeroMobile)

Sepanjang berada di tanah suci, pengguna juga boleh menikmati liputan rangkaian yang meluas menerusi operator utama di Arab Saudi seperti STC, Mobily dan Zain KSA. Ini membantu memastikan sambungan yang lebih stabil dari Mekah hingga Madinah sepanjang menjalani ibadah.

Cara Pembelian Untuk Pengguna Sedia Ada dan Baharu

Pelan ini ditawarkan kepada semua pengguna CelcomDigi sedia ada serta pengguna baharu. Bagi pengguna sedia ada, pas ini boleh dibeli terus melalui aplikasi CelcomDigi. Untuk pengguna baharu pula, ia boleh didapatkan menerusi Booth CelcomDigi (Kursus Perdana), Kedai CelcomDigi di seluruh negara, serta pembelian eSIM secara dalam talian.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa caj RM5 akan dikenakan untuk pengaktifan SIM baharu.

Jika kuota data atau minit panggilan yang disediakan tidak mencukupi, pengguna juga boleh menambah pas tambahan berikut:

  • 5GB data – RM10 (24 jam)
  • 15 minit panggilan – RM20 (24 jam)

Pilihan ini sesuai untuk pengguna yang memerlukan tambahan data atau panggilan secara fleksibel sepanjang berada di luar negara.

Aktif Secara Automatik Sebaik Tiba Di Arab Saudi

Menariknya, pelan ini akan diaktifkan secara automatik sebaik sahaja pengguna tiba di Arab Saudi, selagi tetapan roaming dihidupkan pada peranti.

Ini bermakna, pengguna tidak perlu risau tentang proses pengaktifan secara manual kerana pas ini boleh terus digunakan sebaik sahaja mendarat.

Secara keseluruhan, Pas Perantauan Haji ini dilihat sebagai satu pilihan yang praktikal untuk jemaah yang ingin kekal berhubung dengan keluarga, mengakses peta dan maklumat perjalanan serta berkongsi momen indah sepanjang ibadah.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pas Perantauan Haji ini, anda boleh melayari laman web rasmi CelcomDigi.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di platform media sosial rasmi kami! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp