Skechers Friendship Walk & Run 2026 bakal berlangsung pada 21 Jun 2026 di Putrajaya, dengan pengenalan kategori 21KM Run (Half Marathon) buat pertama kali. Penambahan ini memberi lebih pilihan kepada peserta yang mahu mencabar diri dengan jarak lebih jauh, selain kategori sedia ada.
Pilihan Kategori Ikut Keselesaan Anda
Terdapat tiga kategori utama yang ditawarkan iaitu 5KM Walk, 10KM Run dan 21KM Run. Untuk kategori 5KM Walk, ia bukan acara berwaktu, jadi peserta bebas untuk berjalan atau berlari secara santai mengikut kemampuan masing-masing.
Bagi kategori 10KM dan 21KM pula, ia adalah larian berwaktu dengan had masa yang ditetapkan. Peserta perlu menamatkan larian dalam tempoh 2 jam untuk 10KM dan 4 jam untuk 21KM. Pemenang akan ditentukan berdasarkan masa terpantas dalam kategori masing-masing.
Harga Early Bird Bermula Serendah RM40
Promosi early bird kini ditawarkan sehingga 5 April 2026 dengan harga seperti berikut:
- 5KM Walk (Kids): RM40 (3–12 tahun)
- 5KM Walk (Adult): RM55 (harga biasa RM65)
- 10KM Run: RM65 (harga biasa RM75)
- 21KM Run: RM95 (harga biasa RM105)
Kategori 10KM dan 21KM dibuka untuk peserta berumur 18 tahun ke atas.
Set Penyertaan Lengkap Bernilai Sehingga RM359

Setiap peserta akan menerima set penyertaan yang agak lengkap, termasuk T-shirt rasmi acara Skechers, drawstring bag, foldable bag, baucar Skechers serta barangan daripada rakan penaja.
Untuk peserta yang berjaya menamatkan kategori 21KM, mereka juga akan menerima finisher tee sebagai tanda pencapaian. Selain itu, peserta turut dilindungi dengan insurans kemalangan diri dan disediakan light refreshments sepanjang acara. Secara keseluruhan, nilai barangan yang diterima adalah sehingga RM359.
Hadiah Wang Tunai Untuk Pelari Terpantas

Peserta dalam kategori 10KM dan 21KM berpeluang memenangi hadiah seperti:
Juara:
- RM1,000 wang tunai
- Baucar Skechers RM1,000
Naib Johan:
- RM800 wang tunai
- Baucar Skechers RM1,000
Tempat Ketiga:
- RM600 wang tunai
- Baucar Skechers RM1,000
Hadiah ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap sahaja.
Peluang Menang 1 Tahun Bekalan Kasut Skechers

Selain hadiah utama bagi pelari, peserta juga boleh mencuba nasib melalui aktiviti yang disediakan sepanjang acara. Antara yang paling menarik ialah peluang memenangi 1 tahun bekalan kasut Skechers melalui cabutan bertuah.
Ini menjadikan acara ini bukan sekadar larian, tetapi juga pengalaman santai yang menyeronokkan untuk semua.
Bagi yang berminat, pendaftaran boleh dibuat melalui laman web rasmi CheckPointSpot atau Race Roster.
Nak dapatkan berita, maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!


HOKA Luaskan Kehadiran di Malaysia dengan Kedai Baharu di Pavilion Kuala Lumpur
Permohonan Sukarelawan Formula 1 di Sepang Dibuka dengan 500 Kekosongan untuk Diisi
Spritzer Sparkling Lancar ‘Reset Rasa’ untuk Hidupkan Semula Pengalaman Menikmati Makanan
Selangor Umum Cuti Peristiwa 1 September Sempena Kejayaan Juara Keseluruhan SUKMA 2026
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian
ART KL 2026: Karya Seni Generasi Baharu Asia Tenggara Bakal Warnai APW Bangsar Oktober Ini