Bagi anda yang sedang merancang aktiviti semasa cuti sekolah dan cuti Raya Aidiladha, ini mungkin antara acara yang patut anda pertimbangkan. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 (PBAKL 2026) bakal kembali dengan pelbagai tarikan menarik untuk semua peringkat umur.
Acara ini akan berlangsung dari 29 Mei hingga 7 Jun 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), bermula dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Dengan tema “Malaysia Membaca; Merayakan Buku”, edisi kali ini dijangka lebih meriah dengan kehadiran lebih 1,000 reruai daripada pelbagai penerbit, penjual buku dan organisasi berkaitan industri buku.
Pelbagai Tarikan Menarik Sepanjang PBAKL 2026
Selain jualan buku dengan pelbagai pilihan genre, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang sepanjang acara berlangsung.
Antara tarikan utama termasuk:
- Negara Fokus: Arab Saudi
- Negeri Tamu: Pahang
- Kementerian/Jabatan Tamu:
- Kementerian Pendidikan
- Kementerian Perpaduan Negara
- Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Selain itu, turut diadakan:
- ASIAN Rights Fair (ARF) – persidangan antarabangsa berkaitan hak penerbitan
- Galeri Buku Kegemaran Pemimpin MADANI
- Festival Sastera Kanak-kanak @ PBAKL 2026
- Festival Kata @ PBAKL 2026
- MIFLA Junior (Perhimpunan Pengawas Perpustakaan Sekolah)
Pengunjung boleh menyertai atau menonton pelbagai program di tiga lokasi utama di Pentas Utama, Dewan Merdeka dan Dewan Tun Razak 3.
Pelbagai aktiviti seperti sesi perkongsian, pelancaran buku, forum dan program interaktif dijangka berlangsung sepanjang pesta buku ini.
Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur
PBAKL bukan sekadar tempat membeli buku, tetapi juga ruang untuk keluarga meluangkan masa bersama. Dengan adanya festival kanak-kanak dan pelbagai aktiviti interaktif, ia sesuai dikunjungi oleh ibu bapa bersama anak-anak.
Dalam masa yang sama, pelajar, pencinta buku dan pengunjung umum juga boleh mengambil peluang untuk mendapatkan buku pada harga menarik serta meneroka pelbagai genre dan penulis.
Gabungan cuti sekolah dan suasana selepas Raya menjadikan acara ini antara pilihan aktiviti yang sesuai untuk diisi bersama keluarga atau rakan-rakan.
Jika anda merancang untuk keluar berjalan atau mencari aktiviti santai yang bermanfaat, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 adalah destinasi yang boleh dipertimbangkan.
Untuk maklumat lanjut, lawati laman web rasmi dan ikuti media sosial rasmi mereka di Facebook (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur) dan Instagram (@klibf.my).
Nak dapatkan maklumat berita, promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Permohonan Sukarelawan Formula 1 di Sepang Dibuka dengan 500 Kekosongan untuk Diisi
Spritzer Sparkling Lancar ‘Reset Rasa’ untuk Hidupkan Semula Pengalaman Menikmati Makanan
ART KL 2026: Karya Seni Generasi Baharu Asia Tenggara Bakal Warnai APW Bangsar Oktober Ini
HONOR Bawa Robot Humanoid ke Malaysia, Bakal Sertai Malaysia Marathon dan Perarakan Hari Kebangsaan
MPL Malaysia Musim 18 Kini Bermula, 8 Pasukan Rebut Kejuaraan dan Slot ke Kejohanan Dunia M8
Munchy’s Sambut Ulang Tahun Ke-35 dengan Sumbangan Produk RM500,000 Sempena HKHM 2026